Perbincangan:Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia

Tambah perbincangan
Active discussions

TahniahSunting

Kepada semua yang cintakan pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia..diminta lengkapkan sejarah bolasepak kita ...terimakasih kerana menyumbang!Che (bincang) 08:19, 23 September 2008 (UTC)

Pembuangan kandunganSunting

Apakah sebab anda Jebat2 untuk tidak bersetuju pada penambahan kandungan? Jika tiada sebab, saya akan balikkan semula dan akan memohon sekatan pada anda jika anda balikkan suntingan saya. -- WAqil@Message me! 12:32, 12 November 2021 (UTC)

@WAqil: Perbincangan di halaman perbincangan peribadi kedua-dua pengguna dan sudah hampir seminggu, baru datang tak tahu, saudara Roslee menambah perubahan baru dan besar dan berulang kali menolak pengubahsuaian besar ini semasa perbincangan masih berjalan, dan saya katakan perlu ditambah secara beransur-ansur satu demi satu. satu melalui perbincangan. Jebat2 (bincang) 12:48, 12 November 2021 (UTC)
Maafkan saya Jebat2, tapi mohon letakkan sebab anda di sini untuk rujukan semua orang. Perbincangan di laman pengguna anda adalah perbualan antara anda berdua sahaja. Perbincangan di sana adalah tidak "valid" bagi saya. Takkan semua orang perlu ke laman perbincangan saudara untuk melihat apa yang berlaku pada rencana ini? Saya pasti anda tidak berfikir sebegitu. Sila nyatakan sebab tidak bersetuju anda di sini untuk memudahkan semua orang. Jika sebab diberikan oleh anda adalah sesuai, saya akan pertimbangkan untuk tidak melakukan pembalikan semula. Sekian -- WAqil@Message me! 12:59, 12 November 2021 (UTC)
Anda tidak sepatutnya berpatah balik lagi walaupun anda rasa sebab itu tidak sesuai, perubahan baru perlu dibincangkan. Sebabnya pada asasnya ialah pengguna menyalin kandungan artikel wiki BI, yang mempunyai banyak kelemahan - plagiarisme, dan menggantikan versi sebelumnya dan membuang banyak ciri yang lebih baik yang terdapat dalam versi sebelumnya. Struktur esei selepas itu jauh lebih huru hara dan semua kandungan dipetik dalam bahasa lain yang tidak boleh disahkan oleh semua orang. Jebat2 (bincang) 13:33, 12 November 2021 (UTC)
Helo, minta maaf kerana tidak sempat menjenguk isu ini ... apapun, boleh anda buktikan plagiat yang ada pada versi BI yang Roslee cuba terjemahkan dan bawa ke sini? Peringatan - sekiranya plagiat itu melanggar sebarang hak cipta, memang kami tak bagi. Tetapi kalau tulisan di Wiki BI hanya diolah daripada sumber asal, tidak melanggar sebarang hak cipta dan betul faktanya, tidak perlu dibuang suntingannya. Terima kasih. PEACE SEARCHΞR [Bincang] 15:26, 29 November 2021 (UTC)
@Jebat2 dan @Muhammad Roslee: Saya tak tengok apa yang anda semua bincangkan di laman perbicangan anda semua. Jadi untuk mengelak bias, saya hanya lihat apa yang disunting direncana sahaja. Saya nampak yang Jebat mahu masukkan sejarah dan hampir semua isi dari WBI. Sepatutnya perkara ini tiada masalah. Mungkin la ada perubahan menggunakan templat bagai tu, itu patut dikekalkan yang Roslee punya supaya formatnya seragam. Kalau ada perubahan templat, sila lihat semula di WBI jika perlu. Saya tak nak saya ni seperti menyebelahi sebelah pihak sahaja. Apa yang saya nampak adalah penambahbaikan. Saya tidak kisah siapa yang melakukannya asalkan apa yang dibuat itu betul. Lagipun, rencana ini sangat sedikit info dan agak pendek bagi subjeknya - dengan hanya mempunyai senarai pemain dan bukan maklumat lain seperti sejarah. Jadi begini la, saya tak mahu perkara seperti ini berlaku kerana hanya satu pihak sahaja yang betul. Saya tak nak salahkan mana-mana pihak. Jika penambahbaikan dan kemaskini maklumat terbaru itu salah kerana yang menyunting penambahbaikan itu bukan anda yang buat, saya rasa Wikipedia bukan patut menjadi tempat anda menyumbang. Ingat, Wikipedia ini SESIAPA sahaja boleh menyuntingnya. SNN95     16:40, 29 November 2021 (UTC)
@Jebat2 dan @Muhammad Roslee: Satu persoalan bermain dalam fikiran saya sekarang, andai la saya yang mengemaskini rencana ini dengan memasukkan semua sejarah pasukan, etimologi nama pasukan, pandangan media dan apa-apa sahaja berkaitan pasukan ini, sedikit demi sedikit - contohnya sehari satu bahagian atau 1 perenggan; adakah saya akan dilayan seperti ini? SNN95     16:47, 29 November 2021 (UTC)
Saya bukan apa, kalaulah saya tak boleh langsung nak tambah maklumat yang sepatutnya - dengan menterjemahkan dari WBI - dan perlu meminta izin untuk menyunting (melainkan saya buat vandalisme), bukankah itu bermaksud awak memegang hak rencana, yang sepatutnya tidak berlaku. Kalau ikutkan saya, saya pon tak nak sesiapa menyunting rencana yang saya dah cipta, tapi itu sudah melanggar polisi Wikipedia. Say ahanya boleh semak adakah suntingan itu betul dan bukannya vandal. Kalau bukan vandal, saya biarkan, walaupon orang yang menyunting tu saya kurang suka. Menyunting di Wikipedia tidak boleh disertakan dengan emosi. Kalau tidak, semua rencana seisapa sahaja boleh pegang haknya. SNN95     16:55, 29 November 2021 (UTC)
Saya pon banyak rencana yang kini saya rasa suntingan saya sangat tidak bagus. Ikut kepala sendiri. Buat format sendiri. Jadi kalau boleh berdamailah dari perkara begini. Disebabkan hanya menyunting tanpa berbincang boleh jadi masalah, saya tak tahu la apa lagi yang boleh dibuat untuk selesaikan masalah ini. SNN95     16:59, 29 November 2021 (UTC)
Lagi satu, benda boleh diedit sikit-sikit kalau ada salah tatabahasa, ejaan atau apa-apa sahaja. Tiada sumber, boleh tambah kemudian. Bukannya mengundurkan semua suntingan dan bergaduh kenapa tak bincang; tambah sikit-sikit tak boleh, nak kemaskini secara keseluruhan. Susah la macam begitu. Dahulu pon setiap satu rencana bukannya penuh dan berkualiti sebegitu. Secara perlahan-lahan bertahun-tahun ianya dikembangkan sehingga seperti yang anda semua lihat di WBI. Tolonglah, benda ini sepatutnya tidak menjadi masalah. LAman tunas tu pon, bila-bila masa boleh dikembangkan. Saya tak rasa perlu tunggu banyak info baru nak dikembangkan dengan berkualitinya. "Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit" SNN95     17:11, 29 November 2021 (UTC)
Saya dah mati akal untuk menerangkannya bossku, semua yang saya sunting salah menurutnya.. padahal saya dah membaca semua aturan wikipedia untuk melihat adakah suntingan dari rencana saya itu salah dan bila saya baca aturannya terbukti ianya tidak melanggar apa-apa hak cipta pun. Saya tidak kisah jika saudara jebat2 mahu menyumbang suntingannya dalam rencana tersebut, tapi kenapa harus memadam semua. Di perenggan stadium, kit dan ultra malaya tu, sepatutnya tidak harus di padam.. kerana ianya adalah sahih walaupun tidak ada sumber. Sekarang saya bersedia untuk berbincang semula dengan dia. Muhammad Roslee (bincang) 17:38, 29 November 2021 (UTC)
@Jebat2 dan @Muhammad Roslee: Sila berbincang di sini dengan kami semua. Saya tak nak benda ini jadi berat sebelah. Anda melaporkan kepada saya dan penyelia lain, selepas itu anda semua biarkan kami disini? SNN95     17:20, 29 November 2021 (UTC)
Adoyai.. Saya dah beri penjelasan diatas bossku, sekarang kena tanya dia. Saya boleh jer kalau nak gabungkan suntingan untuk diterbitkan.. tapi dia seperti terkena renjatan elektrik, sebaik melihat saya membalikkan suntingannya. Saya rasa kes macam ini ada berlaku di pasukan Malaysia wiki BI rasanya, akaun pengguna itu cuba mempertikaikan rencana tersebut dengan memberi pelbagai alasan untuk memadam beberapa suntingan perenggan.. last-last dibalikkan semula oleh pentadbir ninjarobotpirate.. Saya berharap sangatlah yang saudara jebat2 bukan seperti pengguna yang merosakkan rencana di wiki BI tu. Saya dah la tak suka gaduh-gaduh, sebab tu saya suruh 'hold' dulu perbincangan mengenai rencana tu.. ni sekarang akhirnya saya mengambil keputusan untuk berbincang juga dan kalau boleh bekerjasama bagi menaikkan semula kualiti di rencana itu.. so sekarang bagaimana dengan anda jebat2? Muhammad Roslee (bincang) 21:17, 29 November 2021 (UTC)
Adala Abang Muhammad Roslee Pertama, skuad yang ditambah adalah lebih tua daripada skuad dalam versi asal, jadi bolehkah anda berhenti membalikkannya? Kedua, bahagian tentang kejohanan dan perlawanan dalam versi sebelumnya telah diperbaiki dan ditambah baik, setiap bahagian disusun dengan cara yang sesuai, tidak terdapat banyak perbezaan antara kedua-dua versi, versi sebelumnya telah dikemas kini, manakala versi baru membuatnya. lebih teruk. Pada asasnya, menyalin keseluruhan kandungan dan struktur yang sama dari halaman web yang tidak diketahui dan menapis apa-apa kecuali menterjemah, dan akibatnya menjadikan struktur tidak teratur semula. Sekarang kepada perkara utama, saya tidak dapat mengesahkan sumber kerana saya tidak dapat memahami bahasa lain. Apa yang saya minta hanyalah sumber dalam bahasa ini, jika tiada sumber dalam bahasa, kita perlu menerima bahawa maklumat ini kekurangan. Selain itu, beberapa kandungan tidak dipetik dan agak generik. Jebat2 (bincang) 02:56, 30 November 2021 (UTC)
Saya dah jelaskan kepada anda mengenai sumber tu menurut apa yang saya tahu, dan saya rasa sumber yang boleh dipercayai pada sesuatu perkara lebih diutamakan dari sumber yang perlu sama bahasanya tapi sukar dicari.. jika anda tidak faham sumber tu selain bahasa melayu, sila gunakan google translate. simple.. dan kat bawah tulisan saya ni boss rick pun dah jelaskan. jangan menyulitkan lagi.. sekarang nie.. sama ada anda mahu atau tidak, bekerjasama sajalah biarpun anda dan saya tak sehaluan dalam beberapa suntingan. Buka kotak pasir anda dan masukkan rencana itu serta suntingan anda, saya akan membantu anda perbaiki dan menambah apa yang perlu. Saya pun dah terikut seperti kena renjatan apabila anda membalikkan suntingan saya.. Tutup semua itu dan bekerjasama lebih digalakkan. Jangan sampai datang penyunting ketiga yang lain cara suntingannya, lagi haru biru nanti dibuatnya. Muhammad Roslee (bincang) 12:43, 30 November 2021 (UTC)
Memandangkan rencana ini sudah menjadi medan perang suntingan. Rencana ini akan dikunci buat 1 minggu hinggalah masalah antara kalian berdua selesai. Untuk saudara Jebat2 (bincang), saya faham saudara ingin menggunakan rujukan Bahasa Melayu. Tetapi saya mohon saudara JANGAN BUANG kandungan bertulis di dalam rencana. Kalau ada rencana Bahasa Inggeris, GANTIKAN ia satu per satu (contoh: Di bahagian sejarah kalau ada rujukan BBC, kalau bahagian itu ada rencana yang serupa atau relevan di dalam bahasa Melayu, gantikan). Tak salah kalau saudara buat benda ini dengan perlahan disamping kolaborasi bersama saudara Mohammad Roslee (bincang). Kita di Wiki Bahasa Melayu ni tak ramai sangat seperti di Bahasa Inggeris jadi perkara kena 'perlahan dan stabil'.

Kalau anda boleh berjanji dengan perkara ini. Rencana akan dibuka semula secepat mungkin. Kalau mahu membersihkan kandungan bertulis tertentu pastikan pengganti kepada bahagian itu sudah siap (seperti dalam Google Doc atau Microsoft Doc atau Kotak Pasir) kemudian tampal di bahagian berkenaan. Jangan sesekali padam tanpa gantian. Ricky250 (bincang) 04:06, 30 November 2021 (UTC)

@Jebat2 dan @Muhammad Roslee: Saya dah lihat perbincangan berkenaan rencana ini di laman perbincangan anda semua dan saya boleh simpulkan sebelah pihak mahu mengembangkan dan memadamkan semua sumbangan yang lapuk atau tidak cukup info, ada satu pihak pula tak mahu apa yang ditulis dipadam dan menjaga suntingan lama. Mari sini saya beri satu contoh. Lihat perbandingan sejarah laman One Piece ini diantara saya dan salah seorang penyumbang lain. Saya lihat apa yang ditulisnya sangat bagus. Tak dinafikan. Tetapi format yang digunakan tidak sesuai dan kebanyakan info sudah lapuk. Jadi saya tulis semula dan boleh kata saya melakukan "Pembuangan kandungan" apa yang sudah ditulis oleh pengguna lama demi penambahbaikan. Saya tak pasti jika anda semua berasa tidak selesa dengan cara saya menambahbaik ini. Jika cara yang saya buat ini salah dimata anda semua, sila selesaikan masalah perbalahan ini. Saya tak mahu disini menjadi seperti di Wikipedia bahasa yang besar, tidak habis berbalah untuk mengiyakan suntingan masing-masing. Sukar juga bagi saya jika tiba-tiba mahu mengedit rencana kesukaan anda semua dengan menggunakan cara saya ini. SNN95     08:55, 30 November 2021 (UTC)
Tiada cara lain bossku.. melainkan kerjasama. Ini sajalah jalan yang terbaik untuk kedua-dua pihak. Muhammad Roslee (bincang) 12:49, 30 November 2021 (UTC)
@Muhammad Roslee: Bagus. Saya nak dapat kata putus dari @Jebat2 juga di sini. Jadi apa-apa selepas itu, saya tak kisah apa yang anda semua nak buat. Jika perbalahan terus berlaku, kami akan ambil tindakan semula. SNN95     16:06, 30 November 2021 (UTC)
Intinya adalah untuk membincangkan dan memahami intipati isu ini. Untuk Abang Roslee Sesetengah sumber dalam bahagian Imej agak tidak seimbang dan masih tidak dapat disahkan untuk saya jadi saya mungkin akan memadamkannya buat sementara waktu jika ia dibiarkan seperti itu dan tidak diganti selepas masa yang lama. Jebat2 (bincang) 17:03, 1 Disember 2021 (UTC)
saya dah nak bersara nie saudara jebat2, sibuk sikit kat dunia luar... nie pun datang terlupa nak bagi tahu kat penyelia.. adoi, nampaknya ditunda lagi la persaraan sampai tahun depan.. macam ni lah, akaun saya tu tetap saya tidak aktifkan lagi.. dan saya akan guna akaun baru untuk kemaskini dan menyambung kerjasama dengan anda. ni akaun baru Pengguna:TryUTC8. Nie saya baru buat... Saya rasa tiada masalahkan penyelia, guna akaun baru nie. Muhammad Roslee (bincang) 20:27, 1 Disember 2021 (UTC)
kamu buka dulu kotak pasir, masukkan rencana tu.. nanti saya datang tengok. TryUTC8 (bincang) 20:29, 1 Disember 2021 (UTC)
Kembali ke laman "Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia".