Perbincangan:Pilihan raya kecil Permatang Pauh 2008

Ulasan terkini: 16 tahun lalu oleh Kurosagi7

Saya rasa mengapa laman ini perlu dihapuskan, Kurniasan?. Apa sebabnya? Saya rasa kalau tidak memenuhi kehendak, saya akan menjadikan ia sesuai untuk wikipedia ini. Kurosagi7 (bincang) 06:14, 6 Ogos 2008 (UTC)Balas

Sudah saya nyatakan sebabnya pada halaman rencana. Bagi saya ianya berbentuk atau bersifat berita. — クルニア[binc|sumb] 15:04, 6 Ogos 2008 (UTC)Balas
Mungkin rencana ini dicipta terlalu awal tapi tak perlu hapus. Kita dah ada Pilihanraya Kecil Batu Talam 2007 dan Pilihan raya Kecil Ijok 2007. ...Aurora... (bincang) 16:02, 6 Ogos 2008 (UTC)Balas
Rencana ini merupakan sejarah yang sedang berlaku, samaada sebagai kebangkitan atau kejatuhan. 7/11 merupakan berita seminggu selepas ia berlaku, tetapi sejarah setahun selepasnya. Yosri (bincang) 16:54, 6 Ogos 2008 (UTC)Balas
Betul ianya sejarah yang sedang berlaku di Malaysia Kurosagi7 (bincang) 03:54, 14 Ogos 2008 (UTC)Balas
Ianya memang terlalu awal, dan rasanya belum lagi mendapat ulasan dari mana-mana sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya sudah ada, sila letakkan sumber-sumber berkenaan ke laman rencana. Tiada sumber, laman ini akan dihapuskan selepas genap 5 hari. Sekiranya sudah wujud sumber, rencana ini boleh dipulihkan semula oleh mana-mana penyelia. Ianya perlu dihapuskan kerana berbentuk berita dan Wikipedia bukan sumber berita sumber berita adalah Wikinews. Satu lagi, sumber daripada blog-blog rasanya tidak akan diterima. — クルニア[binc|sumb] 18:15, 6 Ogos 2008 (UTC)Balas

Rasanya laman ini bukan sekadar berita kosong. Kalau camtu padam la semua laman yang menceritakan pasal sejarah kerana ia pun berita juga, kan. Sejarah mestilah bermula dari sebuah berita. Pilihan raya ini bukan pilihan raya sembarangan. Ia merupakan satu titik tolak kepada perkembangan negara Malaysia yang lebih besar selepas ini, mungkin. Ia merupakan satu sejarah yang akan diingati pada masa hadapan. Sila jangan hapuskan. Saya akan buat yang terbaik, seperti sebuah ensiklopedia, bukan seperti berita semata2. Saya akan masukkan keputusan pilihan raya selepas ianya tamat. Jangan risau, segala sumber sudah dimasukkan dengan kemas. Kerjasama anda amatlah dihargai. hehe Kurosagi7 (bincang) 06:58, 7 Ogos 2008 (UTC)Balas

Sejarah dengan berita adalah berbeza. Sejarah ialah perkara yang telah berlaku, selalunya selepas satu tempoh yang lama. Berita pula ialah perkara yang belum berlaku atau pun perkara yang sudah berlaku dalam tempoh yang terdekat dengan masa penerimaan berita. Satu lagi, Wikipedia ini bukan milik saya sendiri, kalau ianya milik saya, saya boleh buat sesuka hati. Rencana ini saya usulkan dulu untuk dipadam kerana saya menghormati pandangan setiap penyumbang termasuk anda. Saya harap anda juga begitu. Saya serahkan kepada penyelia lain untuk membuat keputusan. — クルニア[binc|sumb] 09:46, 7 Ogos 2008 (UTC)Balas
Saya rasa kurang tepat...sejarah adalah perkara atau peristiwa yang telah lama berlaku dan biasanya ia adalah fakta-fakta yang boleh diuji kesahihannya samada dari sumber-sumber yang boleh disahkan..berita adalah peristiwa berlaku dan dilaporkan oleh sumber-sumber yang boleh dikenalpasti sama ada akhbar dan sebagainya...Che (bincang) 18:20, 7 Ogos 2008 (UTC)Balas

Yang pastinya ianya akan jadi suatu sejarah Malaysia. Sebab mungkin Anwar akan kembali ke Parlimen selepas 10 tahun. Kan ke sejarah tu. huhu. Wikipedia English pun ada buat pasal Permatang Pauh ni jugak. Jadi tak perlulah padam. Kurosagi7 (bincang) 03:52, 14 Ogos 2008 (UTC)Balas

Tanda amaran telah diangkat..Pada anggapan saya kita semua boleh betulkan fakta-fakta ini pada setiap masa...buat masa sekarang ini pada fikiran saya kita masukkan data-data yang mempunyai nilai-nilai artikel tadi kemudian dalam pada masa yang sama perbetulkan..Che (bincang) 04:08, 14 Ogos 2008 (UTC)Balas
Terima kasih, Che. Minta maaf semua jika saya terkasar bahasa. Saya akan membantu untuk yang terbaik bagi Wikipedia. Kurosagi7 (bincang) 04:13, 14 Ogos 2008 (UTC)Balas

Che saya rasa latar belakang dan sejarah pilihan raya ppauh tu macam sama je? Apa kata kita gabung aje? Ada idea tak? Kurosagi7 (bincang) 09:31, 16 Ogos 2008 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Pilihan raya kecil Permatang Pauh 2008".