Perbincangan:Plat pendaftaran kenderaan Malaysia

Ulasan terkini: 14 tahun lalu oleh Aurora

Kenapa nombor awalan plat kenderaan bermula dengan negeri Perak (A) diikuti dengan Selangor (B), Pahang (C), Kelantan (D) dan lain-lain.

--60.49.184.34 07:24, 3 Mac 2010 (UTC)Balas

  • Kalau tidak silap saya, nombor abjad A, B, C dan D diberi berdasarkan kenderaan pertama yang dibawa masuk ke negeri Semenanjung Tanah Melayu, maksudnya abjad A diberi kepada Perak kerana kenderaan pertama dibawa masuk ke negeri Perak. Abjad selepas huruf D diberikan berdasarkan abjab pertama sesebuah negeri, contohnya K kepada Kedah dan T kepada Terengganu. Jikalau saya tidak salah, maklumat ini boleh didapati dari majalah Mastika. Zamwan (bincang) 10:52, 3 Mac 2010 (UTC)Balas
Nombor plat bermula dengan zaman British, yg memberi Negeri2 Selat huruf P (Pulau Pinang), M (Melaka), W (Province Wellesley) dan S (Singapura). Dikatakan selepas itu huruf A diberikan kepada Perak kerana banyak kenderaan diperlukan di sana untuk mengangkut bijih, yang dibawa ke Selangor (B) untuk dieksport. ...Aurora... (b) 15:52, 4 Mac 2010 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Plat pendaftaran kenderaan Malaysia".