Perbincangan Wikipedia:Laku musnah

Active discussions

Hai Aurora, terima kasih kerana mengembalikan halaman pengguna saya daripada versi pelaku musnah. Saya baru sahaja melindungi halaman tersebut untuk mengelakkan perbuatan semula. — PM Poon 14:10, 12 Februari 2006 (UTC)

* * * * *

Berkonsepkan wiki, perbuatan laku musnah memang sukar dielakkan. Walau bagaimanapun, saya membahagikan mereka kepada dua kumpulan:

  1. Kump sekali-sekala - biasanya nak cuba sama ada betul-betul boleh menyunting atau tidak, saya sekadar mengembalikan ke versi sebelumnya.
  2. Pelaku musnah - kadang-kadang merupakan bot internet, jadi agak susah menangani. Saya cuma melindungi rencana atau memblok IP jika telah berlaku berkali-bali, lihat contoh di MGSS. Baru-baru ini juga ada serangan dari Korea, telah diblok oleh Yosri.

Pendek kata, gunakan pertimbangan anda, dan anda mungkin mahu menyahlindung laman / membuang blok IP setelah serangan tersebut reda.
...Aurora... 09:45, 13 Februari 2006 (UTC)

* * * * *

Hai Aurora, setakat ini, saya cuma menyekat seorang pengguna sahaja, iaitu pengguna yang membuat sedikit perubahan pada pautan di Laman Utama supaya tidak dapat dikesan orang. Memang pengguna itu ada niat hendak melaku musnah.

Untuk yang lain, saya cuma menegur mereka supaya jangan mencipta halaman baru tanpa bahan-bahan. Saya tidak menyekat pengguna yang menulis di halaman pengguna saya (walaupun saya sedar akan perbuatan itu tiga setengah jam kemudian) kerana pengguna itu sebenarnya tidak merosakkan apa-apa.

Bagi saya, saya juga berpendapat bahawa terdapat dua jenis "pelaku musnah":

  • Yang ada niat nak melaku musnah;
  • Yang tiada niat, tetapi pelakuan itu boleh dianggapi sebagai pelakuan musnah.

Jika mengikut cara mahkamah, yang penting ialah niat. Jika tiada niat, tak payahlah kita menyekat mereka kecuali mereka membuat kali kedua selepas ditegur. Pada kes kali kedua, mereka tidak lagi dapat membelakan diri atas alasan "tidak tahu". Dengan kata yang lain, mereka ada niat nak melaku musnah.

Bagi kes Korea, saya berpendapat bahawa kita harus menyekat secara kekal kerana pengguna Korea bukan boleh membantu apa-apa di portal ini, selain daripada melaku musnah. Bagaimanapun, ini cuma pendapat saya.

Kemungkinan, konsep ini merupakan perbezaan antara saya dengan anda, iaitu cuma dari segi taraf kelonggaran (leniency). — PM Poon 10:13, 13 Februari 2006 (UTC)

* * * * *

Hai Aurora, saya nampak bahawa bilangan pelaku musnah kelihatan jauh lebih daripada bilangan penyumbang yang sah! Saya berasa bahawa pelaksanaan penghapusan rencana yang dicipta oleh pelaku musnah terlalu makan masa walaupun mudah.

Kini, en:Wikipedia tidak mengizinkan pengguna-pengguna menyunting jika mereka tidak mendaftar nama kerana peristiwa rencana defamasi baru-baru ini. Googles juga tidak membenarkan pengguna mengirim pesanan dalam forum "Kumpulan" ("Groups") jika pengguna tidak mendaftarkan diri. Bagaimanapun, sesiapa yang tidak mendaftar diri masih boleh membaca rencana.

Jika anda bersetuju, baiklah kita mengikut en:Wikipedia dan Googles sahaja. Saya mengharap-harapkan bahawa anda akan mempunyai lebih masa untuk menyunting tatabahasa mana-mana satu rencana (nampaknya, anda tidak minat akan rencana saya, hahaha) kerana saya dapat membelajari daripada pembetulan anda. Dari 8 Februari sehingga hari ini, saya masih belum nampak bayang Miracynonix. Bagaimanapun, Miracynonix telah bersetuju untuk menyunting tatabahasa rencana "Mark Twain" tetapi tidak tahu bila. Diharap bahawa saya tidak perlu menunggu sampai lembu-lembu balik, hehehe. — PM Poon 13:22, 25 Februari 2006 (UTC)

* * * * *

Terdapat terlalu banyak user yang tak berdaftar memusnahkan artikel-artikel yang ditulis. perkara ini perlu tindakan segera, kalau tidak semua artikel di Wikipedia: Bahasa Melayu akan musnah. Harap ada tindakan susulan oleh pihak-pihak yang menguruskan Wikipedia:Bahasa Melayu. Master2841 21:28, 26 Februari 2006 (UTC)

* * * * *

Hai Yosri, sila lihat: pesanan Master2841 mengenai perkara pelaku musnah. — PM Poon 17:01, 26 Februari 2006 (UTC)

* * * * *

Hai Aurora, sila lihat: pesanan Master2841 mengenai perkara pelaku musnah. — PM Poon 17:02, 26 Februari 2006 (UTC)

* * * * *

Hai Hayabusa, sila lihat: pesanan Master2841 mengenai perkara pelaku musnah. — PM Poon 17:04, 26 Februari 2006 (UTC)

* * * * *

Hai Aurora, kalau anda bersetuju dengan penyekatan pengguna yang tidak mendaftarkan diri, saya boleh bertanya di MediaWiki atau di mana-mana sahaja. — PM Poon 10:55, 27 Februari 2006 (UTC)

* * * * *
Saya tak tahu bagaimana nak menyekat pengguna tak berdaftar daripada menyunting, kena tanya orang yang lebih arif. ...Aurora... 09:03, 27 Februari 2006 (UTC)
* * * * *

Saya tidak beberapa pasti seteruk mana rencana dimusnahkan oleh vandal, tetapi adalah ia telah sampai tahap kritikal? Saya pasti kita masih mampu menanganainya. Ini kerana kebanyakan penyumbang bahasa lain tidak mendaftar semasa mengemaskini pautan keWiki masing-masing, mungkin kesukaran memahami arahan pendaftaran. Selain itu, kita hendak menggalakkan penyumbang, mungkin terdapat satu dua yang mula-mula menyunting akan mencuba-cuba, tetapi kebanyakannya berhenti setelah saya tinggalkan pesanan test pada mereka. Yang mengulanginya atau dari negara asing, biasanya saya terus sekat 3 bulan - kekal, bergantung berapa serius. Saya percaya bahawa Wikipedia Inggeris menyekat pengguna tak berdaftar daripada menyunting akibat spam bot. Saya sendiri pernah cuba-cuba menyunting di Wiki Inggeris ketika mula mencebur diri. Sekiranya disekat terlalu awal, ditakuti membantutkan perkembangan WIkipedia Bahasa Melayu. Ps: Penapis spam sedang dimajukan di Meta Wiki. Lihat http://meta.wikimedia.org/wiki/Spam_Filter Yosri 11:20, 27 Februari 2006 (UTC)

* * * * *

Nampaknya aktiviti pelaku musnah ini sudah makin berleluasa (atau saya baru sedar kerana saya baru mengaktifkan diri). Saya tak berani untuk berbuat apa-apa ke atas mereka kerana saya rasa saya bukanlah orang yang sepatutnya. Harap kita dapat mengawal dan mencegah aktiviti ini sebelum parah yang boleh mencacatkan wikipedia bahasa Melayu. Terima kasih kerana membantu memulihkan dan menambah baik artikel saya. Polar <:-( 20:20, 27 Februari 2006 (UTC)

Saya rasa perbuatan pelaku musnah masih belum terlalu serius. Jika masih hanya melakukannya secara kecil-kecilan, ini juga sering terjadi pada wiki2 lainnya — untuk masalah ini kita dapat merevert halaman tersebut atau menyekat sang pelaku musnah. Jika sudah sampai tahap melakukan 'blanking' kepada misalnya 10 halaman sekaligus barulah perlu tindakan pencegahan yang lebih efektif. Hayabusa future 03:45, 28 Februari 2006 (UTC)

Hmm boleh tak kunci Laman Utama Bahasa Melayu tu?Sunting

Saya telah mencadangkan kalau boleh Laman Utama Bahasa Melayu tu designnya ditukar, atau dikunci untuk mengelakkan vandalisme. Boleh tak PM Poon tukar atau kunci Laman Utama Bahasa Melayu tu? Sebab sesiapa saja boleh sunting Laman Utama Bahasa Melayu tu Emrrans 04:30, 28 Februari 2006 (UTC).

* * * * *

Hai Emrrans, terima kasih ke atas pesanan anda. Terdapat dua soalan mengenai Laman Utama dalam pesanan anda:

  • Pertukaran reka bentuk: Saya memang bersetuju bahawa kesemua laman antara muka (termasuk "Laman Utama" dan halaman "Portal Masyarakat" harus ditukar supaya lebih berkesan. Oleh sebab masalah terbesar sekarang ialah kekurangan penyumbang yang berguna, halaman-halaman utama harus dibentuk untuk menarik lebih ramai penyumbang ke Wikipedia Bahasa Melayu. Konsep pembekalan maklumat memang ketinggalan masa dari segi pemasaran. Bagaimanapun, saya belum mendapat gagasan bagi cara yang terbaik untuk menukarkan halaman itu. Mungkin, kita boleh membuka sebuah halaman untuk sesi perah otak (brainstorming session).
  • Penguncian Laman Utama: Saya faham akan tujuan anda tetapi saya berpendapat bahawa soalan ini harus diatasi dari segi yang lain, iaitu penghalangan pengguna yang tidak mendaftar diri daripada menyunting di portal ini. Gagasan ini bukannya gagasan yang baru dan telah dipergunakan di banyak portal. Bagaimanapun, Yosri yang merupakan perintis portal ini tidak bersetuju dengan cadangan saya sewaktu saya menimbulkan cadangan itu. Sila lihat: jawapannya. Bagi saya, saya mengesan arah aliran pelaku musnah dan berasa tidak perlu menunggu-nunggu. Biarlah sehingga Yosri tidak tahan lagi, hehehe. Sebagai pentadbir yang terbaru, saya berasa bahawa saya harus tidak bersifat terlalu agresif. — PM Poon 06:42, 28 Februari 2006 (UTC)
* * * * *

Laman Utama boleh dikunci oleh penyelia, tetapi sebaiknya ia dicadang oleh seorang penyelia dan dikunci oleh penyelia yang lain. Ini adalah mengunci Laman adalah bertentangan dengan semangat Wikipedia secara amnya. Yosri 10:44, 28 Februari 2006 (UTC)

Laku musnah dan penguncian Laman UtamaSunting

Hai Yosri. Sebenarnya, en:Wikipedia telah mengunci Laman Utama mereka. Banyak lagi halaman mereka telah dikunci selepas kejadian biografi fitnah pada halaman mereka 'baru-baru' ini. Pada kelihatannya, semangat en:Wikipedia telah berubah selepas kejadian itu.

Bagaimanapun, saya tidak bersetuju dengan penguncian laman utama kerana perlakuan musnah bukan sahaja melibatkan halaman itu. Masalah kini bukannya "masalah laku musnah pada Laman Utama" tetapi sebaliknya, merangkumi banyak rencana. Ini cuma merupakan pendapat saya sahaja.

Saya berasa bahawa kami kena mencipta satu sistem pengundian untuk membuat keputusan berbanding dengan tindakan peribadi masing-masing. — PM Poon 11:22, 28 Februari 2006 (UTC)

* * * * *

Hai PM Poon, Itulah sebabnya saya nyatakan bahawa 2 penyelia diperlukan, seorang bagi mencadang dan seorang penyelia lagi bagi mengunci. Ini agar terdapat 2 orang membuat keputusan. (Pengesah dan penimbang - Check and balance). Dengan itu keputusan peribadi atau mengikut perasaan dapat dielakkan. Bagaimanapun, Wiki en melakukannya kerana serangan vandal yang hebat. Persoalan saya adakah Wiki Bahasa Melayu mengalami masaalah yang sama ketika ini? Mungkin lebih elok kita cuba menyekat pengguna/IP dahulu sebelum melakukan tindakan mengejut/drastik seperti mengunci laman. Yosri 11:36, 28 Februari 2006 (UTC)

Laku musnahSunting

Fail:Credibility crisis.jpg
Sila tekan gambar untuk membaca kandungannya.

Hai Yosri, dua pesanan daripada anda dalam satu hari? Nampaknya, saya kena membeli ekor untuk hari Rabu, hehehe.

Masalah laku musnah telah membimbangkan tiga orang pengguna kami yang paling aktif, iaitu Master2841, Polar, serta Emrrans. Bagi saya, saya lebih mementingkan burung di dalam tangan berbanding burung-burung di atas pokok, hehehe. Lagipun, portal ini sudah wujud selama tiga tahun dan kita masih mengharap-harapkan ramai pengguna yang akan datang menyumbang. Yang dapat pada masa ini bukannya penyumbang tetapi pelaku musnah yang memberak di portal ini, hehehe.

Kesemua laku musnah sehingga hari ini dilaksanakan oleh pengguna tanpa nama. Bagaimanapun, sewaktu saya menterjemahkan rencana Wikipedia:Laku musnah, saya mendapati bahawa di en:Wikipedia terdapat juga laku musnah yang dibuat oleh pengguna yang mendaftarkan diri atas nama pengguna yang kekadangnya tidak senonoh. Namun demikian, masalah laku musnah juga tidak dapat dihapuskan dengan sempurna melalui pendaftaran masuk; diharap-harapkan bahawa ia dapat mengurangkan keadaan ini.

Dari segi pengurusan, baik di dalam syarikat ataupun di mana-mana, pihak pengurusan harus mengambil tindakan sewaktu menerima aduan. Jika pengurusan kelihatan "tidak peduli", maka semangat dan motivasi kakitangan ataupun pengikutnya akan merosot. Pada hakikatnya, tiada orang lagi yang akan mengemukakan maklum balas, seperti yang terlihat di banyak syarikat.

Jika kami, sebagai pihak pentadbiran, tidak mempunyai cadangan yang lebih baik selain daripada status quo, baiklah kita buat sahaja apa yang dicadangkan. Aurora tidak membantah cadangan untuk menyekat pengguna yang tidak mendaftar diri daripada menyunting di portal ini. Mengikut cadangan anda, saya akan menghantar pesanan ke Sourceforge untuk mencari kaedah untuk melaksanakan penyekatan itu.

P/S: Yosri, daripada manakah anda mendapat maklumat bahawa en:Wikipedia melakukan kewajipan mendaftar diri kerana "serangan laku musnah yang hebat"? Sebagaimana yang saya tahu, mereka berbuat demikian kerana peristiwa rencana fitnah yang telah dilaporkan di surat khabar "The Star" di Malaysia pada 15 Disember 2005: "The website.... has reached a crossroads...a scandal that has forced the site to tighten up monitoring of its contents." Sebelum saya terlupa, saya hendak mengucapkan terima kasih kepada anda kerana menyunting rencana Wikipedia:Laku musnah. — PM Poon 13:50, 28 Februari 2006 (UTC)

Hai Yosri, saya berasa bahawa penghalangan pengguna yang tidak mendaftar diri tidak akan menghalang mereka yang betul-betul hendak menyumbang kepada portal ini (termasuknya juga pelaku-pelaku musnah yang memang hendak meneruskan kegiatan mereka, hehehe). Yang akan dihalang cuma mereka yang melaku musnah dengan tidak sungguh-sunguh. &mdash PM Poon 13:55, 28 Februari 2006 (UTC)

Wikipedia HebrewSunting

Hai PM Poon, Saya cadangkan anda mendaftar di laman Wikipedia Hebrew untuk mengetahui masaalah yang akan dihadapi oleh penutur bukan berbahasa Melayu untuk mendaftar. Susah saya hendak khabarkan masaalahnya, jadi elok saudara rasa sendiri. Saya telah mengalaminya semasa saya cuba membuat pautan ke laman bahasa lain. Anggaplah pengalaman yang sama akan dihadapi oleh penyumbang asing untuk memaut ke Wikipedia masing-masing sekiranya penyuntingan hanya untuk pengguna berdaftar. Yosri 00:11, 1 Mac 2006 (UTC)

Refer http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia_talk:Vandalism

Hai Yosri, persoalan mendaftar diri di Wikipedia Hebrew atau di mana-mana satu Wikipedia bahasa lain tidak tertimbul sekiranya kita tidak memahami bahasa itu. Untuk mengatasi sesuatu masalah, kita kena menumpukan perhatian kepada masalah di hadapan kita dan cuma mempertimbangkan faktor-faktor berkenaan yang penting. Adakah pautan ke laman bahasa lain amat penting berbanding masalah laku musnah?

Pertentangan pendapat kami cuma terdiri daripada penilaian adakah perbuatan pelaku musnah mencapai tahap yang terlalu serius. Daripada komen-komen yang telah ditulis, Aurora, Hayabusa dan anda tidak berpendapat bahawa ia sudah sampai ke tahap itu. Bagi saya, saya lebih mementingkan arah alihan masalah ini. Kalau kita sudah mengetahui bahawa en:Wikipedia yang merupakan Abang Besar kita telah menghadapi masalah ini, tak kan kita akan dikecualikan. Mengapakah kita hendak menggunakan lagi jalan yang diketahui kita jalan itu merupakan jalan mati. Mengapakan kita tidak hendak bersikap proaktif tetapi, dalam bahasa yang kasar dikatakan orang, "tunggu sehingga telah berak dalam seluar sebelum kita mencari mananya jamban?"

Masalah yang anda menimbulkan mungkin dapat berdiri jika en:Wikipedia masih belum mengamali penghalangan pengguna tanpa mendaftar diri. Bagaimanapun, saya baru mendapati bahawa mereka cuma menyekat pengguna daripada membuka halaman baru, tetapi tidak menyekat pengguna daripada membuat suntingan. — PM Poon 02:52, 1 Mac 2006 (UTC)

Mengapakah penyuntingan tanpa tandatangan diizinkan?Sunting

Pendirian saya sama sahaja dengan MisterHand terhadap persoalan laku musnah. MisterHand menulis di halaman perbualan rencana "Vandalisme" di en:Wikipedia:

Berikutan kontroversi "biografi John Seigenthaler Sr." dalam Wikipedia, Wikipedia bertindak dengan penghalangan pengguna tanpa nama daripada mencipta rencana baru....
Tentu saja, saya berani mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 90% daripada laku musnah dibuat oleh penyunting tanpa nama. Sewaktu saya memeriksa senarai pantau saya, ataupun halaman "Perubahan Terkini", terdapatnya kemungkinan yang besar bahawa sekiranya saya melihat sebuah suntingan oleh penyunting tanpa nama, suntingan itu merupakan laku musnah.
Pendaftaran nama pantas dan mudah. Tiadanya alasan yang munasabah mengapa seorang yang bertindak dengan ikhlas tidak hendak melakukannya. Jika Wikipedia adalah serius terhadap memerangi laku musnah, menghalang penyuntingan tanpa tandatangan merupakan cara yang pantas dan mudah untuk menyelesaikan sebahagian besar daripada masalah itu. -- MisterHand 16:22, 9 Januari 2006 (UTC)

PM Poon 03:06, 1 Mac 2006 (UTC)

Mengapa pendaftaran kurang sesuai.Sunting

Saya ingin menjelaskan pendapat peribadi saya disini, mengapa saya tidak begitu menyokong mewajibkan pendaftaran bagi pengguna baru.

  1. Sesiapa yang baru mula berkenalan dengan Wikipedia kemungkinannya tidak mahu mendaftar kerana tidak tahu apa yang akan terjadi pada maklumat yang diberikan. Saya juga semasa mula-mula menggunakan Wikipedia, enggan mendaftar kerana bimbangkan isu privasi. Sekiranya diwajibkan mendaftar, saya tidak pasti saya akan aktif seperti sekarang.
  2. Pengguna Wikipedia lain akan mendapat kesukaran sekiranya mereka cuba membuat sambungan kepada Wikipedia bahasa lain. Mereka tidak faham bahasa Melayu, sukar untuk mendaftar, dengan itu kemungkinnya hanya mengabaikan membaiki pautan Wikipedia bahasa Melayu ke bahasa mereka. Cuba alami sendiri dengan mendaftar sebagi pengguna di laman Wiki selain bahasa Inggeris.
  3. Menguji suntingan pasti berlaku. Saya sendiri pernah mencuba kali pertama. Perlu diingat ramai yang menconteng adalah penguna kali pertama, tanpa niat jahat. Kebanyakannya tidak mengulang selepas diberi peringatan. Yang mengulang saya biasanya akan sekat suntingan.
  4. Mengunci laman hanyalah selepas dua penyelia bersetuju, sama seperti dalam perang sunting - edit war. Saya tidak akan campur tangan sekiranya dua penyelia bersetuju, tetapi masih kurang setuju dan kunci boleh dibuka sekiranya dua penyelia lain merasakan ia perlu dibuka. Selepas itu sebarang penguncian perlu dibuat undian, kecuali berlaku perang vandal.
  5. Laman boleh dilindung oleh semua penyelia. Tekan lindung pada menu di atas (fungsi penyelia sahaja).
  6. Pengguna biasa boleh meminta laman dilindung, tetapi mesti disokong oleh penyelia, PM Poon, anda juga dikira. Sebagai penyelia, anda bebas menggunakan kuasa anda tanpa mengira anda baru atau lama. Apabila dilantik, kami semua percayakan anda hanya akan bertindak bagi kebaikan bersama.
  7. Pengguna biasa juga boleh membantu meyingkirkan vandal dengan mengosongkan laman atau menyunting keluar contengan. Rujuk kepada sejarah sebelumnya.
  8. Semoga kesemua pengguna dapat menghargai ilmu yang diberikan dan mengelak melakukan kemusnahan.

Yosri 06:11, 1 Mac 2006 (UTC)


Hai Yosri, alasan-alasan yang anda mengemukakan kelihatannya munasabah. Tetapi apa katakan anda kalau kita cuma menyekat pembukaan halaman baru tanpa menyekat penyuntingan halaman, seperti yang diamalkan di en:Wikipedia? Bagi saya, ini akan menggalakkan lebih pengguna untuk mendaftarkan diri selepas mereka fasir dalam penyuntingan. Buat sekarang, tiada bezanya antara pengguna yang mendaftarkan diri dengan yang tidak mendaftarkan diri. Namun tiadalah dorongan untuk mendaftarkan diri. — PM Poon 06:49, 1 Mac 2006 (UTC)

Mungkin kita boleh selidik cara melaksanakan menyekat pembukaan halaman baru oleh pengguna tidak berdaftar, dan pada masa yang sama kita adakan pungutan suara (concensus) dikalangan pengguna Wiki - pandangan pentakbir dan pengguna. Dengan itu kita tidak membuang masa dan bersedia untuk bertindak sekiranya berlaku serangan vandal. Biasanya penyunting yang telah beberapa kali menyumbang akan mendaftar kerana hendak memastikan suntingan mereka dikira. Yosri 12:28, 1 Mac 2006 (UTC)
Kembali ke laman projek "Laku musnah".