Perbincangan pengguna:Tearfate/hati

HAti merupakan organ homeostasis yang penting. Hati juga merupakan organ terbesar dalam badan manusia. Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen.

Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus.

Struktur hati sunting

Hati terdiri daripada koleksi unit-unit lobul hati. Cabangan vena akan melalui bahagian pusat setiap lobus(sel-sel hati) ini. salur arteri hati dan salur vena labuan hati akan disambungkan ke sinusoid darah(dalam hati) ke cabang vena hati.

Keluar masuk bahan sunting

Hati menerima darah melalui arteri hati dan vena labuan hati atau vena portal hepar. Manakala, darah keluar dari hati melalui vena hati. Terdapat juga, salur/duktus (hempedu) yang mengalirkan hempedu dari hati ke pundi hempedu, dan dari pundi hempedu terdapat duktus hempedu yang mengalirkan hempedu keluar daripada pundi hempedu.

Sebanyak 20% darah daripada keseluruhan jumlah darah yang disalurkan ke hati ini mengalir melalui salur arteri hati. Darah daripada arteri hati ini mempunyai oksigen. Manakala, darah daripada vena hati merupakan darah ternyaoksigen (kandungan oksigen rendah) kerana telah melalui salur limfa. Darah daripada vena hati membekal bekalan zat makanan dan bahan-bahan yang diserap daripada salur makanan.

Fungsi Hati sunting

  1. Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
  2. Menyimpan garam mineral tertentu dan vitamin seperti vitamin A, D, E, K dan B12
  3. Mengawal dan mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
  4. Mengeluarkan hempedu - Hempedu ini akan disimpan dalam pundi hempedu.
  5. Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti fibrinogen (untuk proses pembekuan darah) dan globulin.
  6. Mendetoksikan bahan-bahan beracun seperti bahan-bahan bernitrogen.
  7. Menghasilak bahan kumuh seperti menguraikan asid amino yang berlebihan.
  8. Menghasilkan haba kepada badan untuk tujuan kawalaturan suhu badan - Penukaran glikogen(glukosa kompleks/gula darah yang kompleks) kepada glukosa dapat menghasilkan haba.
  9. Mensintesiskan protein plasma dan kolestrol.
  10. Membentuk sel-sel darah merah yang baru daripada embrio.
  11. Menjadi tempat pemusnah(akhiran) bagi darah-darah yang tua.
  12. Menyingkirkan hormon-hormon tertentu seperti hormon-hormon (seks) jantina dan metabolisme dadah.
Kembali ke laman pengguna "Tearfate/hati".