Pergerakan Kīngitanga
Pergerakan raja Maori atau Kīngitanga merupakan suatu pergerakan politik yang ditubuhkan dalam kalangan puak-puak Māori di Pulau Utara New Zealand sejak tahun 1850-an, dengan tujuan mewujudkan suatu kedudukan yang bukan sahaja menyatukan puak-puak Māori tetapi juga mewujudkan suatu kedudukan dianggap setaraf dengan pangkat raja atau ratu diwakili golongan penjajah British agar dapat menghentikan pemisahan atau penjualan tanah milik orang Māori.[1]
"Raja" atau Kīngi ini kini bertindak dalam suatu kedudukan yang tiada taklukan dalam perlembagaan, tanpa kuasa perundangan mahupun kehakiman yang khusus dalam kerajaan New Zealand.
Pemilihan
suntingTokoh yang terpilih sebagai kīngi ini dilantik oleh puak-puak yang terbabit dalam penubuhan pergerakan tersebut, antara hari penghormatan terakhir dengan persemadian kīngi yang sebelumnya.[2]
Senarai kīngi Māori
sunting- Pōtatau Te Wherowhero (1858–1860)
- Tāwhiao (1860–1894)
- Mahuta Tāwhiao (1894–1912)
- Te Rata Mahuta (1912–1933)
- Korokī Mahuta (1933–1966)
- Te Atairangikaahu (1966–2006)
- Tūheitia Paki (2006–kini)
Rujukan
sunting- ^ "Mana Whenua". Bateman New Zealand Historical Atlas. 1997. m/s. plate 36. ISBN 1-86953-335-6.
- ^ "Leaders to debate succession and Kīngitanga's future". NZ Herald. 16 Ogos 2006. Dicapai pada 16 Ogos 2006.