Perimejan satelit

perimejan Bumi atau objek falak lain yang diambil dari suatu satelit buatan

Perimejan satelit ialah imej Bumi atau planet-planet lain yang ditangkap dan terkumpul oleh satelit pemerhati khas yang dioperasikan kerajaan dan syarikat di serata dunia. Kaedah penangkapan imej ini banyak digunakan dalam bidang yang memerlukan pemerhatian berterusan terhadap muka bumi setempat seperti kaji cuaca, geologi, perhutanan, pertanian, ketenteraan dan sebagainya.