Perintis
Perintis atau dikenali sebagai 'pioneering' adalah ilmu pengakap yang paling berguna. Pada awalnya ilmu perintis ini digunakan oleh jurutera tentera dengan menggunakan batang-batang kayu yang kukuh dengan diikat menjadi sebuah menara, pintu gerbang atau gajet, ia bermula dengan pengenalan asas ikatan dan simpulan hingga diikat atau disimpul pada beberapa kayu menjadi sebuah bangunan ringkas sesuai dengan keperluan ketenteraan. Seorang pengakap yang tidak mengetahui ilmu ikatan dan simpulan dianggap suatu yang tidak logik, ini kerana ilmu ini diperlukan selepas seorang ahli itu mengetahui 3 asas penting yang melayakkannya memperolehi lencana keahlian dipoket uniform.
Pembinaan Menara-Digunakan untuk tujuan pemerhatian dalam tapak perkhemahan ataupun meninjau luar dari kawasan bagi memerhati gerak-geri musuh suatu masa dahulu
Gajet-adalah suatu perkakas atau alatan yang ringkas lagi mudah. Ia dibuat dengan mengunakan ranting dan kayu tanpa melibatkan penggunaan besi atau plastik. Hampir semua gajet ini menggunakan bahan organik.