Buka menu utama
Diagram elemen-elemen umum perisai kapal perang. Perisai keliling (A) pada bahagian luar, di garisan air. Juga ditunjukkan ialah geladak utama (B), perisai geladak cerun (C), dan dinding sekat torpedo (D).

Perisai keliling ialah lapisan logam berat berperisai yang disalut kedalam atau pada badan luar kapal perang, biasanya untuk kapal tempur, kruiser tempur, penjajap, dan kapal pengangkut pesawat.

Perisai keliling direka untuk menghalang projektil daripada menembus masuk ke dalam kapal perang. Apabila diserang oleh peluru meriam atau torpedo bawah air, perisai keliling akan menyerap kesan letupan dengan ketebalan dan keteguhannya, atau menggunakan kecerunan untuk melencongkan projektil dan meletop ke bawah.

Biasanya, perisai utama keliling melindungi kapal perang daripada geladak utamanya ke beberapa jarak dibawah garisan air. Jika, bukannya membentuk bahagian luar badan, perisai keliling dibina di dalam badan kapal, ia dipasang pada sudut cerun untuk mempertingkatkan perlindungan, seperti yang dinyatakan di atas.

Nota kakiSunting

Pautan luarSunting

Lihat jugaSunting