Perisian penggunaan

perisian yang mana tugasnya menjalankan fungsi-fungsi tertentu untuk kegunaan pengguna

Perisian penggunaan (bahasa Inggeris: application software) merupakan subkelas perisian komputer yang menggunakan keupayaan komputer secara langsung dan sepenuhnya bagi melaksanakan tugasan khusus[1] yang diingini pengguna. Hal ini adalah berlainan dengan perisian sistem yang membabitkan menyatukan pelbagai keupayaan komputer, tetapi biasanya tidak menggunakannnya secara langsung bagi melaksanakan tugasan yang menguntungkan pengguna. Dalam erti kata ini, istilah penggunaan merujuk kepada kedua-dua perisian penggunaan dan pelaksanaannya.

OpenOffice.org Writer pemproses kata. OpenOffice.org merupakan contoh penggunaan sumber terbuka pasangan perisian

Perumpamaan yang sama, sungguhpun kurang sempurna, dari segi perkakasan merupakan kaitan antara mentol lampu eletrik (penggunaan) kepada loji jana kuasa eletrik (sistem). Loji kuasa hanya menghasilkan eletrik, ia sendiri tidak berguna sehingga digunakan bagi penggunaan seperti mentol lampu yang menghasilkan perkhidmatan kepada pengguna.

Contoh biasa penggunaan perisian ialah pemproses kata, helaian kerja, dan pemain media.

Beberapa perisian penggunaan disekalikan sebagai satu pakej yang kadangkala dikenali sebagai suit penggunaan. Sebagai contoh biasa, Microsoft Office dan OpenOffice.org, yang membungkus sekali pemproses kata, helaian kerja, dan beberapa perisian penggunaan kecil. Perisian penggunaan berasingan dalam satu a suite biasanya mempunyai antaramuka pengguna yang mempunyai persamaan menjadikannya mudah bagi pengguna bagi belajar dan menggunakan setiap perisian penggunaan. Dan sering kali ia mempunyai keupayaan bagi berinteraksi sesama sendiri dalam cara yang memberi menafaat kepada pengguna. Sebagai contoh, helaian kerja mungkin mampu dimasukkan kedalam dokumen pemproses kata sungguhpun ia pada awalnya dibuka dalam perisian helaian kerja yang berlainan.

Pembangunan pengguna akhir menyesuai sistem bagi memenuhi kehendak khas pengguna. Perisian ditulis pengguna termasuk templat helaian kerja, makro pemproses kata, simulasi saintifik, skrip grafik dan animasi. Malah penapis surat-E merupakan sejenis perisian pengguna. Pengguna mencipta perisian ini sendiri dan sering memandang rendah kepentingannya.

Dalam sesetengah sistem terbenam, perisian penggunaan dan sistem pengendalian mungkin tidak dapat dibezakan oleh pengguna, sebagaimana perisian yang digunakan bagi mengawal pemain VCR, DVD atau ketuhar gelombang mikro.

Terminologi

sunting

Garis pemisah antara perisian sistem seperti sistem pengendalian dan sistem penggunaan adalah kabur, bagaimanapun, dengan ini menjadi perdebatan. Sebagai contoh, salah satu faktor penting dalam perbicaraan (antitrust) United States v. Microsoft adalah samaada pelayar web Internet Explorer Microsoft merupakan sebahagian dari sistem pengendalian Windows atau bahagian terpisah perisian penggunaan. Satu contoh laian adalah, pertikaian nama GNU/Linux, sebahagiannya, disebabkan pertikaian antara hubungkait antara sistem pengendalian Linux dan inti Linux.

Dalam sains komputer, perisian penggunaan merupakan perisian komputer yang direka bagi membantu pengguna melaksanakan sesuatu tugasan. Perisian penggunaan dengan itu berbeza dari sisten pengendalian (yang mengawal komputer), perisian utiliti (yang melaksanakan pengemaskini atau tugasan umum), dan bahasa pengaturcaraan (yang dengan mana perisian komputer dicipta). Bergantung kepada reka bentuk kerjanya, perisian penggunaan mampu mengendali teks, nombor, grafik, atau gabungan kesemua unsur tersebut. Sesetengah paket perisian menawarkan kuasa komputer berkuasa dengan menumpu pada satu tugasan, seperti pemproses kata; yang lain, dikenali sebagai perisian bersepadu, menawarkan kurang kuasa tetapi merangkumi beberapa perisian penggunaan, seperti perisian pemproses kata, helaian kerja, dan pangkalan data.

Baru-baru ini, istilah "app" di gunakan untuk merujuk pada perisian penggunaan untuk peranti bergerak seperti telefon pintar dan tablet.

Pengelasan perisian penggunaan

sunting

Terdapat banyak sub-jenis perisian penggunaan :

  • Perisian enterprise memenuhi keperluan proses dana aliran data organisasi, sering kali dalam persekitaran teragih. (Contoh termasuk Kewangan, Pengurusan Hal-ehwal Pelanggan, dan Pengurusan Rankaian Bekalan). Ambil perhatian bahawa Perisian Jabatan merupakan jenis kecil Perisian Enterprise dengan penumpuan bagi organisasi atau kumpulan lebih kecil dalam organisasi besar. (Contoh termasuk Pengurusan Perbelanjaan Perjalanan, dan Meja bantuan IT)
  • Perisian infrstruktur enterprise memberikan keupayaan umum yang diperlukan bagi menyokong sistem Perisian Enterprise. (Contoh termasuk Pangkalan data, pelayang Surat-E, dan Pengurusan Keselamatan dan Jaringan)
  • Perisian pekerja maklumat menangani keperluan individual bagi mencipta dan mengurus maklumat, sering kali bagi projek individual dalam jabatan, berbanding dengan pengurusan enterprise. Contoh termasuk pengurusan masa, pengurusan sumber, perkakasan dokumentasi, analitik, dan kerjasama. Pemproses kata, helaian kerja, surat-e dan pelanggan blog, sistem maklumat peribadi, dan penyunting media persendirian mungkin membantu dalam mengganda maklumat bagi tugasan pekerja.
  • Perisian capaian kandungan merupakan peridian yang terutamanya digunakan bagi mencapai maklumat tanpa menyunting, tetapi mungkin termasuk perisian yang membenarkan penyuntingan kandungan. Perisian sedemikian menangani keperluan individual atau kumpulan bagi mengguna hiburan digital dan menerbitkan kandungan digital. (Contoh termasuk Pemain Media, Pelayar Web, pelayar Bantu, dan Permainan)
  • Perisian pendidikan adalah berkait dengan Perisian Hiburan dan Media, tetapi memiliki keperluan berlainan bagi menghantar penilaian (ujian) dan menjejak kemajuan melalui bahan pembelajaran. Ia turut berkait dengan perisian kerjasama dari segi kebanyakan sistem Perisian Pendidikan turut memiliki keupayaan bekerjasama.
  • Perisian simulasi adalah perisian komputer bagi simulasi sistem abstrak atau fizikal samaada bagi tujuan penyelidikan, latihan atau hiburan.
  • Perisian pembangunan media memenuhi keperluan bagi individual yang menjanakan cetakan dan media eletronik bagi kegunaan orang lain, sering kali dari segi pendidikan atau pengiklanan. Ini termasuk perisian Seni Grafik, perisian Penerbitan Meja, perisian Pembangunan Multimedia, penyunting HTML, penyunting Animasi Digital, pengarangan Video dan Audio Digital, dan banyak yang lain.
  • Perisian kejuruteraan produk digunakan dalam mengembangkan produk perkakasan dan perisian. Ini termasuk reka bentuk berbantukan komputer (CAD), kejuruteraan berbantukan komputer (CAE), alat penyuntingan dan penyusunan bahasa komputer, Persekitaran Pembangunan Bersepadu, dan Antaramuka Pengaturcara Aplikasi.

Rujukan

sunting
  1. ^ G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "perisian penggunaan". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 63-64. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)

Pautan luar

sunting