Buka menu utama
Senjata dari kapal perang yang dimusnahkan di Limbungan Tentera Laut Philadelphia pada bulan Disember 1923. USS South Carolina yang sedang dibongkarkan di belakang.

Perjanjian Tentera Laut Washington, juga dikenali sebagai Perjanjian Lima-Kuasa, menghadkan persenjataan tentera laut daripada lima penandatangan: iaitu Amerika Syarikat, Empayar Britain, Empayar Jepun, Republik Ketiga Perancis, dan kerajaan Itali. Perjanjian ini telah dipersetujui di Persidangan Tentera Laut Washington, yang mana telah diadakan di Washington, DC bermula pada November 1921 hingga Februari 1922. Ia telah disepakati oleh para perwakilan daripada negara-negara yang bersetuju pada 6 Februari 1922. Perjanjian Tentera Laut Washington merupakan satu usaha untuk mengelakkan perlumbaan senjata yang bermula selepas Perang Dunia I.

Syarat-syarat perjanjian yang diubahsuai mengikut Perjanjian Tentera Laut London pada tahun 1930 dan Perjanjian Tentera Laut London Kedua pada tahun 1936. Tidak lama kemudian, Jepun mengistiharkan ia tidak akan lagi mematuhi syarat-syarat perjanjian dan Itali pula secara diam-diam mengabaikannya. Jerman tidak pernah tertakluk kepada perjanjian-perjanjian Washington atau London; pembinaan tentera lautnya dihadkan di bawah Persetiaan Versailles, satu perjanjian damai yang menamatkan Perang Dunia I.

Latar belakangSunting

Selepas Perang Dunia I, Empayar Britain memiliki tentera laut yang terbesar dan paling kuat di dunia, diikuti rapat oleh Amerika Syarikat dan Jepun. Ketiganya memulakan program-program besar ke atas kapal-kapal besar yang baru (kapal perang dan penjajap tempur). Pada tahun 1920, Amerika Syarikat telah mengistiharkan satu tujuan untuk menghasilkan sebuah tentera laut "kedua kepada tiada", dan telah membaringkan lima lunas kapal perang dan empat penjajap tempur. Jepun telah memulakan progam 8:8 (lapan kapal perang dan lapan penjajap tempur). Pada awal tahun 1921, Britain memuktamadkan rekabentuk dan memesan empat penjajap tempur yang sangat besar (penjajap tempur G3) diikuti dengan rancangan untuk empat pencocokan kapal perang (kapal perang N3). Ini meledakkan ketakutan perlumbaan senjata tentera laut baru dengan pembinaan kapal besar, menyerupai perlumbaan Dreadnought Inggeris-Jerman yang terarah kepada Perang Dunia I.

Syarat-syaratSunting

Penghadan berat
Negara Kapal induk Pengangkut pesawat
Empayar Britain 525,000 tan
(533,000 tan)
135,000 tan
(137,000 tan)
Amerika Syarikat 525,000 tan
(533,000 tan)
135,000 tan
(137,000 tan)
Jepun 315,000 tan
(320,000 tan)
81,000 tan
(82,000 tan)
Perancis 175,000 tan
(178,000 tan)
60,000 tan
(61,000 tan)
Itali 175,000 tan
(178,000 tan)
60,000 tan
(61,000 tan)

Selepas menentukan beberapa pengecualian untuk kapal-kapal yang sedang digunakan dan dibina, perjanjian ini menghadkan berat keseluruhan kapal induk bagi setiap penandatangan ke nilai seperti di dalam jadual di sebelah. Selain itu, setiap sebuah kapal tidak boleh melebihi 35,000 tan (35,560 t),[1] dan mana-mana kapal tidak boleh membawa meriam melebihi 16 inci (406 mm).

Maksud "standard tan" seperti di dalam perjanjian adalah tidak termasuk minyak (dan air dandang) kerana Britain telah mempertikaian aktiviti-aktiviti global mereka memerlukan muatan minyak yang lebih besar berbanding negara-negara lain dan mereka tidak sepatutnya dihukum.[2]

Kapal pengangkut pesawat ditujukan secara khusus di dalam perjanjian ini. Sebagai tambahan kepada had jumlah berat, peraturan berkenaan saix kapal maksimum dikenakan. Hanya dua buah kapal pengangkut bagi setiap negara melebihi 27,000 tan (27,400 t), dan dua buah kapal ini dihadkan kepada 33,000 tan (33,500 t) setiap satu - pengecualian ini dibuat bagi membolehkan penggunaan sebagai kapal pengangkut bagi penjajap tempur tertentu yang sedang dibina, dan melahirkan USS Lexington dan Akagi. Jumlah meriam besar yang boleh dibawa oleh kapal pengangkut dihadkan dihadkan secara drastik—ia tidak sah bagi meletakkan sebuah pesawat kecil di atas sebuah kapal perang dan memanggilnya sebagai kapal pengangkut.

Berkenaan kubu-kubu dan pangkalan-pangkalan tentera laut, Amerika Syarikat, Britain dan Jepun bersetuju untuk mengekalkan status quo pada ketika perjanjian ini ditandatangani. Tiada kubu atau pangkalan tentera laut boleh dibina, dan pangkalan dan pertahanan sedia ada tidak boleh dipertingkatkan di dalam wilayah dan pegangan yang ditentukan. Secara amnya, pembinaan di kawasan-kawasan tertentu dibolehkan di pantai-pantai utama negara, tetapi bukan di wilayah-wilayah pulau yang kecil. Sebagai contoh, Amerika Syarikat boleh melakukan pembinaan di tanah besar Hawaii dan Alaska, tetapi tidak di Kepulauan Aleut. Pelbagai tentera laut Empayar Britain - dianggap sebagai satu entiti di bawah perjanjian ini — dilayan sama dan kemudahan Tentera Laut Diraja Australia (yang mana mesti menyerahkan penjajap tempur HMAS Australia) dan Tentera Laut Diraja Divisyen New Zealand boleh dibina oleh kerajaan masing-masing, tetapi tidak pangkalan di Hong Kong. Jepun boleh membinanya di kepulauannya tetapi tidak di Formosa.

Ahli-ahli perjanjian dibenarkan untuk mengantikan atau membina kapal-kapal yang terangkum di dalam terma-terma pernjanjian tetapi sebarang pembinaan atau pengantian mesti diberitahu secara terus kepada para penandatangan yang lain.

Pada 29 Disember 1934, kerajaan Jepun memberi notis rasmi bahawa ia berniat untuk menamatkan perjanjian. Ketentuannya kekal berkuatkuasa sehingga penghujung 1936, dan ia tidak diperbaharui.

Skop wilayah dan kegunaanSunting

Perkara XIX dalam perjanjian membuat pelbagai penjelasan berkenaan wilayah yang dimiliki oleh Amerika Syarikat, Britain dan Jepun, yang mana bersetuju untuk mengekalkan status quo berkenaan pengubuan dan pangkalan tentera laut. Wilayah-wilayah ini ditentukan sebagai:

(1) Pemilikan kepulauan yang mana dimiliki oleh Amerika Syarikat pada waktu sekarang atau mungkin nanti akan memperoleh di Lautan Pasifik, kecuali (a) yang berdekatan dengan pantai Amerika Syarikat, Alaska dan Zon Terusan Panama, tidak termasuk Kepulauan Aleut, dan (b) Kepulauan Hawaii;[3]
(2) Hong Kong dan harta kepulauan yang mana dimiliki oleh Britain sekarang atau mungkin nanti di Lautan Pasifik, ke timur garisan bujur 110° timur, kecuali (a) yang berdekatan pantai Kanada, (b) Komanwel Australia dan jajahannya, dan (c) New Zealand;[3]
(3) Wilayah kepulauan seterusnya dan pemilikan Jepun di Lautan Pasifik, yakni: Kepulauan Kurile, Kepulauan Bonin, Amami-Oshima, Kepulauan Loochoo, Formosa dan Pescador, dan sebarang wilayah kepulauan atau pemilikan di Lautan Pasifik yang mana Jepun mungkin akan diperolehi olehnya selepas ini.[3]

Pengaruh cryptanalytic kepada perjanjianSunting

Apa yang tidak diketahui oleh para pewakilan di persidangan ini adalah Black Chamber Amerika di New York City, di bawah Herbert Yardley, telah mengintip komunikasi para delegasi yang dibuat ke dan dari ibu negara mereka. Secara khusus, komunikasi Jepun ditembusi secara menyeluruh, dan perunding Amerika boleh mendapatkan kemungkinan perjanjian minimum yang Jepun menyatakan akan menerimanya, dan di bawahnya akan menyebabkan mereka akan meninggalkan persidangan. Nilai perkadaran ini tidak diterima dengan popular oleh Tentera Laut Imperial Jepun, dan dengan peningkatan kumpulan-kumpulan ultranasionalis aktif dan penting, nilai yang diterima oleh kerajaan Jepun menyebabkan banyak kecurigaan dan tuduhan di kalangan ahli politik dan pegawai tentera laut Jepun.[petikan diperlukan]

RujukanSunting

  1. ^ The word "ton" in the . . . Treaty, except in the expression "metric tons", shall be understood to mean the ton of 2240 pounds (1016 kilos). Treaty, Section II, Part IV, Definitions, Standard Displacement.
  2. ^ "the ship complete, fully manned, engined, and equipped ready for sea, including all armament and ammunition, equipment, outfit, provisions and fresh water for crew, miscellaneous stores and implements of every description that are intended to be carried in war, but without fuel or reserve feed water on board." In both Washington and London treaties
  3. ^ a b c "Conference on the Limitation of Armament". Foreign Relations of the United States, Dept. of State. Concluded February 6, 1922. Dicapai 2010-01-22.  Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luarSunting