Perkembangan drama Jepun


Drama Jepun berkembang dengan keadaan masyarakat Jepun sejak 1950-an sehingga kini. Dalam rencana ini, ada menjelaskan bagaimana populariti drama Jepun mula berkembang.

Permulaan drama Jepun (1950-an) sunting

Apabila TV menjadi popular di Jepun pada sekitar 1950-an, drama yang disiarkan lazimnya dari Amerika Syarikat kerana teknik untuk membuat drama belum wujud di Jepun. Pada akhir tahun 1950-an, syarikat TV Jepun telah mula menghasilkan drama sendiri. Contohnya, “Watashi ha kai ni naritai”(1958) yang menyatakan tentang cerita seorang askar pada Perang Dunia Kedua menjadi popular dan menerima anugerah seni daripada Kementerian Pendidikan, Sains, Sukan dan Budaya. Drama ini telah dianggap sebagai mahakarya pertama  Jepun kerana populariti drama ini.[1]

Drama dan masyarakat Jepun (1960-an~1980-an) sunting

  Jumlah drama yang dibuat oleh syarikat TV Jepun semakin meningkat sejak akhir tahun 1950-an, dan tema drama telah berubah sering dengan keadaan masyarakat Jepun pada masa itu.

Gakuen drama (1960-an~) sunting

Gakuen-drama merupakan genre drama yang memaparkan cerita-cerita berlatarbelakangkan sekolah. (Gakuen merujuk kepada sekolah di Jepun, khususnya sekolah menengah.) Lazimnya, protagonis Gakuen-drama adalah guru yang baru datang ke sekolah, dan dia berusaha menyelesaikan masalah pelajar-pelajar. Gakuen-drama menjadi popular sejak tahun 1960-an dan trend drama ini membayangkan keadaan masyarakat Jepun yang memasuki era perkembangan ekonomi selari dengan keadaan rakyat Jepun pada masa ini yang berusaha untuk mencapai kejayaan peribadi. Oleh itu, Gakuen-drama yang bertemakan usaha telah menjadi popular pada zaman ini.[2]


Selepas 1970-an, ekonomi Jepun telah menjadi mundur dan terdapat banyak ketidakpuasan hati terhadap kerajaan Jepun pada waktu ini. Oleh itu, populariti drama yang bertemakan usaha berkurang dan drama yang melepaskan ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat Jepun menjadi popular. Bab ini, menjelaskan populariti siri drama Hissatsu dan Oshin.

Siri drama Hissatsu (1972~) sunting

Siri drama Hissatsu mula disiar sejak 1972, dengan “Hissatsu Shikakenin”. Siri drama Hissatsu selalunya menceritakan kehidupan golongan buruh pada zaman Edo, dan protagonisnya ialah pembunuh yang membunuh penjenayah yang terlepas daripada ditangkap oleh pegawai-pegawai. Siri drama ini menjadi popular kerana ekonomi Jepun pada waktu itu mundur dan rakyat ingin menonton cerita-cerita yang melepaskan tekanan mereka terhadap masyarakat.[3]

Oshin sunting

Oshin ialah satu drama yang menceritakan biografi seornag wanita yang mula disiarkan dari 1983 hingga 1984. Oshin menjadi amat popular, dan phenomena populariti Oshin dipanggil “Oshin-drom(Oshin+sindrom)” kerana ramai orang Jepun ketagih menonton Oshin. Sebab populariti drama ini ialah nilai kesabaran yang selalu dianggap sebagai nilai yang baik dalam masyarakat Jepun, seperti semasa Perang Dunia Kedua. Maka, kesabaran Oshin telah mendapat simpati daripada ramai orang Jepun pada zaman yang ekonomi semakin mundur ini (awal tahun 1980-an).[4]


Drama Jepun pada masa kini (1990-an~) sunting

Pada akhir tahun 1980-an, gelembung ekonomi Jepun yang dipanggil “Bubble Eknomy” bermula. Oleh itu, ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat semakin berkurang dan ramai yang ingin menonton drama yang menghiburkan mereka.

"Trendy" drama (1980-an~1990-an) sunting

Trendy drama merujuk kepada genre drama yang menceritakan kehidupan orang-orang yang kaya dan mengikuti fesyen terbaru. Populariti trendy drama membayangkan gelembung ekonomi Jepun dan masyarakat yang menginginkan kehidupan yang mewah. Tetapi, populariti trendy drama berkurangan selepas kemelesetan ekonomi bermula di Jepun. [5]


Sejak akhir tahun 1990-an, suasana Jepun semakin gelap kerana kemelesetan ekonomi dan terdapat gempa bumi yang besar. Maka, banyak drama yang menyatakan cerita tentang penyakit yang tidak dapat diubati atau kehidupan yang miskin telah dihasilkan oleh syarikat TV Jepun.

Populariti drama Jepun dan Korea Selatan di Asia Tenggara sunting

Tidak seperti kerajaan Jepun yang melindungi hak cipta dengan kuat, kerajaan Korea Selatan pula aktif mengeksport budaya sendiri sejak dari tahun 1990-an. Perbezaan ini menyebabkan populariti drama Korea meningkat dan mengakibatkan kemerosotan populariti drama Jepun di Asia Tenggara.[6]

Rujukan sunting

宇佐美毅(2012)「テレビドラマを学問する」中央大学出版部

鳥山拡(1986)「日本テレビドラマ史」映人社

  1. ^ 鳥山拡(1986)「日本テレビドラマ史」映人社
  2. ^ 宇佐美毅(2012)「テレビドラマを学問する」中央大学出版部
  3. ^ 宇佐美毅(2012)「テレビドラマを学問する」中央大学出版部
  4. ^ 宇佐美毅(2012)「テレビドラマを学問する」中央大学出版部
  5. ^ 宇佐美毅(2012)「テレビドラマを学問する」中央大学出版部
  6. ^ 宇佐美毅(2012)「テレビドラマを学問する」中央大学出版部