Perlembagaan Pakistan

Perlembagaan Republik Islam Pakistan (Bahasa Urdu]]:آئین پاکستان‎) ialah undang-undang tertinggi Negara Pakistan.[1] Perlembagaan ini merupakan tertinggi Pakistan yang mengenal pasti negara (kewujudan fizikal serta sempadannya), warga dan hak-hak asasi mereka, undang-undang perlembagaan serta peraturan, dan juga struktur-struktur negara mengikut perlembagaan serta penubuhan institusi-institusi negara dan angkatan tentera.[2] Tiga bab pertama menetapkan peraturan, mandat dan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan: dewan perundangan, Parlimen dwidewan; eksekutif, cabang diketuai Perdana Menteri sebagai ketua eksekutif; dan badan kehakiman apeks persekutuan diketuai ketua hakim Mahkamah Agung.[2] Perlembagaan meletakkan asas penubuhan jawatan Presiden Pakistan yang merupakan Ketua Negara yang perananannya lebih pada istiadat dan menjadi lambang perpaduan negara Pakistan.[3]

Jata Republik Islam Pakistan

RujukanSunting

  1. ^ Abiad, Nisrine (2008). Sharia, Muslim states and international human rights treaty obligations : a comparative study. London: British Institute of International and Comparative Law. halaman 96–200. ISBN 978-1-905221-41-7.
  2. ^ a b Constitution of Pakistan. "Constitution of Pakistan". Constitution of Pakistan. Constitution of Pakistan. Dicapai pada 22 January 2013.
  3. ^ "Part III. The Federation of Pakistan: Chapter 1; The President". Const. of Pakistan. Const. of Pakistan. Dicapai pada 22 January 2013.