Perpustakaan Negara Filipina

Perpustakaan Negara Filipina (Filipina: Pambansang Aklatan ng Pilipinas atau Aklatang Pambansa ng Pilipinas; bahasa Inggeris: National Library of the Philippines disingkatkan kepada NLP) merupakan perpustakaan negara bagi Filipina yang terletak di Ermita sebahagian daripada Taman Rizal berhadapan T.M. Kalaw Avenue, dan berdekatan dengan bangunan-bangunan kebudayaan seperti Muzium Sejarah Politik Filipina dan Suruhanjaya Sejarah Kebangsaan. Ia terletak di bawah Suruhanjaya Kebangsaan untuk Budaya dan Seni.

Bangunan Perpustakaan

Dalam perpustakaan ini terdapatnya manuskrip-manuskrip asal karya-karya agung José Rizal seperti Noli Me Tángere, El Filibusterismo dan Mi último adiós.

Sejarah sunting

Asal-usul (1887-1900) sunting

Perpustakaan ini mula-mula didirikan melalui duluannya Museum-Biblioteca de Filipinas (Muzium-Perpustakaan Filipina)melalui suatu perintah kerajaan dari pemerintah Sepanyol pada 12 Ogos 1887.[1][2] Museum perpustakaan ini dibuka pada 24 Oktober 1891 di Intendencia di Intramuros, kemudian menjadi tempat Pencetakan Wang Logam Manila (sebagai Casa de la Moneda), dengan sekitar 100 jilid dan dengan Julian Romero dan Benito Perdiguero masing-masing sebagai pengarah dan pustakawan arkib.[1]

Romero mengundurkan diri pada tahun 1893 dan sempat digantikan oleh Tomas Torres dari Escuela de Artes y Ofícios di Bacolor, Pampanga (sekarang Universiti Negeri Teknologi Don Honorio Ventura), yang kemudian digantikan oleh Don Pedro A. Paterno pada 31 Mac 1894. Pada saat itu, perpustakaan telah pindah ke sebuah lokasi di Quiapo berdekatan lokasi Masjid Al-Dahab kini. Kemudian, Paterno menerbitkan edisi pertama Boletin del Museo-Biblioteca de Filipinas (Buletin Museum-Perpustakaan Filipina) pada 15 januari 1895.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Morallos, Chando P. (1998). Treasures of the National Library: A Brief History of the Premier Library of the Philippines. Manila: Quiapo Printing. ISBN 971-556-018-0.
  2. ^ Gaceta de Madrid: num. 237, p. 594. 25 August 1887. Reference: BOE-A-1887-5774

Pautan luar sunting