Perpustakaan Negara dan Universiti Bosnia dan Herzegovina

Perpustakaan Negara dan Universiti Bosnia dan Herzegovina (NUL) (Bosnia, Croatia dan Serbia: Nacionalna i univerzitetska biblioteka Bosne i Hercegovine / Национална и универзитетска библиотека Босне и Херцеговине) merupakan perpustakaan negara Bosnia dan Herzegovina yang terletak di Sarajevo. Semasa perang Bosnia dan Herzegovina, ketika pengepungan Sarajevo, pada malam 25 dan 26 Ogos 1992, members of the Tentera Darat Republik Srpska telah mengebom Vijećnica dimana perpustakaan berada pada ketika itu. Ia telah mengakibatkan banyak bahan perpustakaan dan arkib musnah.

Logo Perpustakaan

Perpustakaan Negara dan Universiti Bosnia dan Herzegovina telah ditubuhkan dengan Peraturan Perpustakaan Negara Republik Yugoslavia Bosnia dan Herzegovina, yang ditandatangani oleh Menteri Pendidikan Ante Babic yang kemudian diterbitkan dalam Jurnal Rasmi Republik Yugoslavia Bosnia dan Herzegovina, pada 31 Oktober 1945.

Pautan luar sunting

Koordinat: 43°51′21.5″N 18°23′50″E / 43.855972°N 18.39722°E / 43.855972; 18.39722