Persatuan Hak Cipta Muzik Korea

Persatuan Hak Cipta Muzik Korea (KOMCA) adalah sebuah pertubuhan di Korea Selatan yang ditubuhkan di bawah bidang kuasa Kementerian Budaya, Sukan dan Pelancongan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan pemegang hak cipta muzik dan mempromosikan pembangunan budaya muzik. Diasaskan pada tahun 1964, KOMCA merupakan pertubuhan pengurusan kolektif hak-hak kedua di Asia, selepas Persatuan Hak-hak Pengarang, Penggubah dan Penerbit Jepun (JASRAC) di Jepun, dan mempunyai keanggotaan melebihi 40 ribu orang.[2][3] Pada tahun 2021, KOMCA mengumpulkan bayaran pelesenan sebanyak KR₩2389 bilion (AS$221 juta) dan mengagihkan royalti kepada para anggotanya sebanyak KR₩256 bilion (AS$196 juta).[3]

Persatuan Hak Cipta Muzik Korea
ڤرساتوان حق چيڤتا موزيک کوريا
한국음악저작권협회
Kerangka
KependekanKOMCA
Jenis/bentuk sahPertubuhan kolektif hak cipta
BidangMuzik
Anggota bagiConfédération Internationale des Sociétés d'Auteurs et Compositeurs (2023) Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.komca.or.kr Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan19 Jun 1964; 59 tahun yang lalu (1964-06-19)[1]
Pengurusan
Ketua pegawai eksekutifHong Jin-young
Organisasi utamaKementerian Budaya, Sukan dan Pelancongan
Lokasi
Map
Ibu pejabatSeoul, Korea Selatan
Lokasi
Koordinat37°33′28″N 126°50′40″E / 37.55778°N 126.84444°E / 37.55778; 126.84444
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pemilik-pemilik hak cipta termasuklah pengarang, penggubah, penyusun dan penerbit muzik boleh menyertai Persatuan Hak Cipta Muzik Korea sebagai anggota bersekutu. Anggota tersebut yang "telah terlibat dalam penciptaan muzik yang cukup besar" boleh dinaikkan kepada ahli penuh oleh lembaga pengarah. Mereka ini boleh menghadiri dan mengundi pada mesyuarat agung tahunan dan boleh dipilih sebagai ahli lembaga pengarah. Lembaga tersebut terdiri daripada 21 anggota, dipilih untuk tempoh tiga tahun.[2]

Anugerah Hak Cipta Muzik Korea sunting

Pada 4 Disember 2011, Persatuan Hak Cipta Muzik Korea mengadakan Anugerah Hak Cipta Muzik Korea yang julung kali diadakan di Dewan Olimpik di Seoul. Anugerah itu dicipta sebagai pengiktirafan kepada individu yang bekerja di belakang tabir (seperti penggubah, penyunting, penulis seni kata) dalam industri muzik. Penulis lagu Cho Young-soo adalah orang pertama yang dianugerahkan hadiah utama kerana memperoleh royalti terbanyak. Anugerah-anugerah genre pop (balada, tarian, rock, hip-hop dan trot), muzik klasikal Korea dan lagu kanak-kanak turut diberikan.[4] Sehingga edisi tahun 2022, Pdogg, penerbit dan penggubah lama untuk kumpulan lelaki BTS, adalah penulis lagu yang paling banyak dianugerahkan dalam kategori ini, telah memenangi hadiah utama selama empat tahun berturut-turut sejak tahun 2019.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ "KOMCA(韓国音楽著作権協会)との相互管理契約を締結" [Mengikat Perjanjian Pengurusan Bersama Dengan KOMCA (Persatuan Hak Cipta Muzik Korea)]. Persatuan Hak-hak Pengarang, Penggubah dan Penerbit Jepun (dalam bahasa Jepun). 10 Disember 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2016. Dicapai pada 21 Disember 2022.
  2. ^ a b Ang Kwee Tiang (30 Mei 2006). "Collective Management in Asia". Dalam Gervais, Daniel (penyunting). Collective Management of Copyright and Related Rights [Pengurusan Kolektif Hak Cipta dan Hak-hak Berkaitan] (dalam bahasa Inggeris). Kluwer Law International. m/s. 407–408. ISBN 978-9041123589.
  3. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan work status tidak disediakan
  4. ^ Sunwoo, Carla (5 Disember 2011). "Music awards show honors those who work behind the scenes" [Rancangan anugerah muzik memberi penghormatan kepada mereka yang bekerja di sebalik tabir]. Korea JoongAng Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Julai 2022. Dicapai pada 6 Julai 2016.
  5. ^ Choi Bo-yoon (23 Februari 2022). "BTS 프로듀서 피독, '저작권대상' 대중 작사작곡 분야 4년 연속 대상" [Penerbit BTS Pdogg memenangi 'Hadiah Utama Hak Cipta' dalam bidang penulisan dan penggubahan lagu popular untuk empat tahun berturut-turut]. Chosun Ilbo (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Februari 2022. Dicapai pada 22 Februari 2022.

Pautan luar sunting