Persatuan Pelajar Malaysia-Jerman

Persatuan Pelajar Malaysia-Jerman atau lebih dikenali sebagai Malaysian-German Student Society (MGSS) adalah merupakan satu-satunya persatuan pelajar Malaysia yang terdapat di Republik Persekutuan Jerman. Persatuan ini bermula apabila Kerajaan Malaysia menghantar kumpulan pelajar yang pertama ke negara ini dalam tahun 1990 untuk mendalami bidang Kejuruteraan. Walaupun begitu MGSS hanya mula bergiat aktif bermula tahun 1996/97 kerana masalah kekurangan pelajar dari ambilan pada tahun tahun sebelumnya. Persatuan ini bernaung di bawah Kedutaan Besar Malaysia Berlin.

Persatuan Pelajar Malaysia-Jerman
Malaysian German Students' Society
Alamat Rasmi Malaysian German Students' Society
c/o Kedutaan Besar Malaysia (Botschaft von Malaysia)
Klingelhofer Strasse 6,
D-10785 Berlin
Federal Republic of Germany
Laman Web Rasmi http://mymgss.de/

Fungsi sunting

Fungsi persatuan ini menjadi satu keutamaan seperti menyalurkan maklumat secara terus kepada para pelajar dari pihak kedutaan. Persatuan ini terdiri daripada majlis tertinggi yang dipilih setiap tahun oleh ahli-ahli persatuan. Manakala di setiap bandar juga terdapat seorang wakil atau dipanggil Datuk Bandar untuk mewakili pelajar-pelajar sebagai medium untuk menyalurkan maklumat dari anggota atasan kepada pelajar-pelajar atau sebaliknya.Dengan ini, kelancaran hubungan antara pihak kedutaan dan para pelajar dapat dilihat secara terus. Di samping itu, para pelajar juga juga boleh menyalurkan masalah atau sebagainya kepada kedutaan melalui persatuan ini.

Aktiviti sunting

Selain itu, persatuan ini turut menganjurkan pelbagai aktiviti untuk merapatkan silaturahim antara para pelajar. Setakat ini, telah banyak aktiviti dianjurkan seperti ragbi, bowling, bola sepak dan sebagainya yang diwakili oleh para pelajar dari setiap bandar. Aktiviti-aktiviti seperti ini dianjurkan di bandar-bandar yang berasingan bagi meluaskan sayap ahli-ahli persatuan ke bandar-bandar lain. Selain dapat merapatkan silaturahim antara pelajar, aktiviti-aktiviti seperti ini dapat mengembalikan kehangatan suasana seperti di Malaysia yang sentiasa dirindui oleh para pelajar, selain menimbulkan persaingan yang sihat antara pelajar dan mengasah bakat yang sedia ada.

Bermula tahun 2005 dengan kerjasama pihak Kedutaan Besar Malaysia Berlin dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, MGSS berjaya menjalankan Program Kerohanian sepanjang bulan Ramadan. Melalui program ini seorang Ustaz akan dihantar oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ke Jerman untuk memberi sedikit takirah sebagai pedoman pelajar Islam Malaysia di Jerman. Program ini dapat mengukuhkan fahaman pelajar terhadap Islam selain dapat membuka minda pelajar mengenai cabaran sains dan teknologi dalam Islam.

Apa yang ingin dilihat di masa hadapan adalah MGSS dapat meluaskan layar bagi membantu dan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk para pelajar di negara ini. Selain dapat menimba ilmu, para pelajar juga mampu menyumbangkan sesuatu kepada negara setelah menamatkan pengajian mereka di sini. Para pelajar kembali ke Malaysia dengan nafas baru, menyumbangkan teknologi dan idea bagi membangunkan negara.

Pada tahun 2007, di bawah kepimpinan Mohd Aziz, MGSS melangkah setapak lagi dengan menganjurkan aktiviti khas untuk wanita. Aktiviti ini dikelolakan oleh AJK Wanita MGSS dan disertai oleh hanya pelajar wanita. Acara yang dipertandingkan antaranya Futsal, Karaoke, Bola Baling, dan Permainan Tradisional.


Malam Anugerah sunting

Buat julung julung kalinya MGSS telah mengadakan Malam Anugerah pada tahun 2006. Malam Anugerah ini bertujuan meraikan pelajar-pelajar tahun akhir dan memilih aktiviti/ahli terbaik mengikut kategori yang telah ditetapkan Ahli Majlis Tertinggi MGSS.

Antara Anugerah yang dipertandingkan

Nama Anugerah Kriteria
Acara Tahunan Terbaik •Kehadiran
•Suasana
•Mutu penganjuran
•Makanan /Juadah
•Tahap komitmen peserta
Bandar Terbaik •Penyertaan Ahli Bandar dalam aktiviti MGSS
•Penganjuran Aktiviti
•Kerjasama dan hubungan
•Kecemerlangan Akademik
Pasukan Terbaik (Lelaki/Wanita) •Komitmen mencipta kemenangan
•Kerjasama Ahli Pasukan
•Sokongan yang diterima
•Memenangi Pertandingan yang disertai
Peserta Terbaik (Lelaki/Wanita) •Komitmen menyertai setiap aktiviti dan Pencapaian
•Sikap yang positif
•Komitmen kehadiran setiap aktiviti
•Memenangi Pertandingan yang disertakan
Komitmen dan Sumbangan Anugerah Khas Majlis Tertinggi bagi individu individu yang memberikan komitmen dan sumbangan kepada MGSS sepanjang tahun.
Anugerah Penghormatan Utama MGSS Anugerah Penghormatan MGSS kepada individu yang menunjukkan keunggulan dalam bidang akademik dan aktiviti MGSS sepanjang tahun.