Persatuan Pengedar Alat Ganti Kereta Terpakai Johor

Persatuan Pengedar Alat Ganti Kereta Terpakai Johor ditubuhkan hasil kerjasama semua pengedar alat ganti kereta terpakai. Mereka terdesak untuk memperjuangkan nasib mereka agar suara dan rintihan mereka didengar oleh kerajaan.

Pengharaman alat ganti kereta terpakai

sunting

Pada 14 November 2009, Persatuan Pengedar Alat Ganti Kereta Terpakai Johor mengadakan demonstrasi di Taman Mount Austin. Seramai 40 orang menyertainya diketuai Ng Keng Heng. Dasar Automotif Kebangsaan yang diumumkan baru-baru ini akan menjejaskan lebih 5000 pengedar alat ganti kereta terpakai di seluruh negara. 100 ,000 akan hilang peluang pekerjaan.

Langkah pengharaman akan membunuh industri ini secara tidak langsung. Sebenarnya jangka hayat alat ganti terpakai 90 % dan sama dengan alat ganti baru. [1]

Rujukan

sunting