Perseid (sebutan /ˈpɜrsiː.ɨdz/) merupakan hujan meteor yang lebat dan dikaitkan dengan komet Swift-Tuttle. Pancuran ini dinamai kerana titik muculnya terletak di buruj Perseus. Satu aliran puing-puing yang dikenali sebagai awan Perseid dan mengunjur sepanjang orbit komet Swift-Tuttle. Kelompok awan ini terdiri daripada jisim yang digugurkan oleh komet tersebut ketika di orbitnya selama 130 tahun, kebanyakan debu dalam awan tersebut dicatatkan berusia sekitar seribu tahun. Bagaimanapun, terdapat juga jaluran utasan habuk yang agak baru dalam aliran itu yang tersingkir dari komet pada tahun 1862.[1] Kadar jaluran utasan yang berasal dari meteor ini adalah lebih tinggi berbanding bahagian aliran lebih lama.

Perseid pada 2007
Perseid panjang dalam pelbagai warna merentasi langit di tepi sebelah kiri Bima Sakti pada tahun 2009.

Pancuran meteor Perseid telah dicerap lebih 2000 tahun lamanya, dengan maklumat terbaru berkenaan meteor ini datangnya dari Timur Jauh.[2] Sesetengah penganut Katolik menggelarkan Perseids sebagai "titisan air mata Santo Lawrence" kerana 10 Ogos merupakan tarikh memperingati santo tersebut.[3]

Perseid tahun 2010 di atas VLT

Pancuran meteor ini muncul pada pertengahan bulan Julai setiap tahun dan memuncak pada 9 hingga 14 Ogos bergantung kepada tempat munculnya pancuran meteor tersebut. Semasa kemuncak, kadar meteor ini boleh mencecah sebanyak 60 atau lebih dalam satu jam. Pancuran meteor ini biasanya boleh dilihat di mana-mana bahagian langit, tetapi Perseid lebih aktif di kawasan hemisfera Utara akibat laluan komet Swift-Tuttle. Sebagaimana semua pancuran meteor lain, kadar ini mencapai tahap tertinggi pada waktu sebelum subuh, kerana bahagian Bumi paling hampir mengadap matahari mengaut lebih banyak meteor ketika Bumi bergerak melalui angkasa. Pada tahun 2009, Kadar Kemuncak Sejam (Zenithal Hourly Rate atau ZHRmax) dicatatkan sebanyak 173,[4] tetapi cahaya meteor yang lebih malap dilunturkan oleh sinar cahaya bulan purnama.

Tahun Tempoh aktif pancuran Puncak pancuran meteor
2017 17 Julai – 24 Ogos 12 Ogos[5]
2016 17 Julai – 24 Ogos 11–12 Ogos [6] (ZHRmax 150)
2015 17 Julai – 24 Ogos 12–13 Ogos[7] (ZHRmax 95) (anak bulan 14 Ogos)
2014 17 Julai – 24 Ogos 13 Ogos (ZHRmax 68)[8] (bulan purnama 10 Ogos)
2013 17 Julai – 24 Ogos 12 Ogos (ZHRmax 109)[9]
2012 17 Julai – 24 Ogos 12 Ogos (ZHRmax 122)[10]
2011 17 Julai – 24 Ogos 12 Ogos (ZHRmax 58)[11] (bulan purnama 13 Ogos)[12]
2010 23 Julai – 24 Ogos 12 Ogos (ZHRmax 142) [13]
2009 14 Julai – 24 Ogos 13 Ogos (ZHRmax 173)
2008 25 Julai – 24 Ogos [14] 13 Ogos (ZHRmax 116) [14]
2007 19 Julai – 25 Ogos [15] 13 Ogos (ZHRmax 93) [15]
1972 12 Ogos: dilaporkan sebagai hutan hujan paling aktif dalam sejarah yang direkodkan [16]


Rujukan sunting

  1. ^ Dr. Tony Phillips (25 Jun 2004). "The 2004 Perseid Meteor Shower". Science@NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-20. Dicapai pada 12 Mac 2010. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ "Perseids". Meteorshowersonline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-19. Dicapai pada 2009-08-12.
  3. ^ "Science: Tears of St. Lawrence". TIME. 23 Ogos 1926. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-15. Dicapai pada 12 Ogos 2009. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ "Perseids 2009: visual data quicklook". Imo.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-16. Dicapai pada 11 Ogos 2009. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ Sarah Lewin (July 26, 2017). "Perseid Meteor Shower 2017: When, Where & How to See It". Space.com. Dicapai pada 27 July 2017.
  6. ^ "Perseid Meteor Shower 2016: When, Where & How to See It". Dicapai pada 2016-07-18.
  7. ^ "Meteor Showers 2015". NASA. Dicapai pada 2015-08-09.
  8. ^ "Perseids 2014: visual data quicklook". Imo.net. 2014-08-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-24. Dicapai pada 2014-08-13.
  9. ^ "Perseids 2013: visual data quicklook". Imo.net. 2013-09-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-24. Dicapai pada 2014-04-20.
  10. ^ "Perseids 2012: visual data quicklook". Imo.net. 2012-10-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-18. Dicapai pada 2014-04-20.
  11. ^ "Perseids 2011: visual data quicklook". Imo.net. 2011-10-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-24. Dicapai pada 2014-04-20.
  12. ^ "How to See the Best Meteor Showers of the Year: Tools, Tips and 'Save the Dates'". nasa.gov. Dicapai pada 2010-11-16.
  13. ^ "How to See the Best Meteor Showers of the Year: Tools, Tips and 'Save the Dates'". nasa.gov. Dicapai pada 2010-08-12.
  14. ^ a b "Perseids 2008: visual data quicklook". Imo.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-24. Dicapai pada 2009-08-11.
  15. ^ a b "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-27. Dicapai pada 2011-05-09.
  16. ^ Stone, Steve (8 November 2006). "Bright sky could dim nighttime viewing of meteor shower". AccessMyLibrary.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-15. Dicapai pada 8 Disember 2009. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan Luar sunting