Buka menu utama

Perjanjian Persekutuan 1895 telah ditandatangani pada 12 Jun 1895 dan dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896. Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) atau Persekutuan 1896.

Antara syarat perjanjian adalah:

  1. Raja-raja Melayu bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah persekutuan yang akan dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
  2. Raja-raja Melayu bi British sebagai Residen Jeneral.
  3. Raja-raja Melayu mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
  4. Raja-raja bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat kerajaan British.
  5. Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat yang juga menjadi Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Frank Swettenham telah dilantik sebagai Residen Jeneral yang pertama. Pusat pentadbiran Persekutuan terletak di Kuala Lumpur dan diketuai oleh Residen Jeneral.

Isi kandungan

Faktor-faktor pembentukan Persetiaan Persekutuan 1895Sunting

Faktor bagi pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu:

Kelemahan Pelaksanaan Sistem ResidenSunting

  • Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas.
  • Residen menjadi terlalu berkuasa.
  • Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura pun gagal mengawal kuasa Residen.
  • Pentadbiran di setiap negeri tersebut tidak seragam kerana mempunyai undang-undang tersendiri.

Krisis Kewangan PahangSunting

  1. Perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak hutang akibatnya kebangkitan rakyat menentang British.
  2. Oleh itu, jika Pahang digabungkan dengan negeri yang kaya seperti Perak dan Selangor, masalah ini dapat diringankan.

Perkongsian Perkhidmatan PakarSunting

  1. Menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juruukur dan doktor.

Sistem PerhubunganSunting

  1. Sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan

Faktor KeselamatanSunting

  1. Mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan.Kerajaan British bercadang mewujudkan satu pasukan keselamatan yang bertujuan untuk mempertahankan negeri-negeri Melayu daripada ancaman kuasa luar dan dalam. Semasa berlaku penentangan masyarakat tempatan di Pahang dan Perak, British terpaksa meminta bantuan tentera daripada Singapura, Hongkong, dan India. Oleh itu, British terpaksa mengeluarkan wang untuk mengupah tentera tersebut.Kewujudan pasukan tentera Persekutuan British telah memudahkan pentadbiran British tanpa meminta bantuan dari luar.

Kesan-kesan pembentukan Persekutuan 1895Sunting

  1. Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, urusan kewangan dan cukai eksport.
  2. Kerajaan pusat telah menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-pegawai British. Antaranya ialah Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam.
  3. Penglibatan orang Melayu dalam jabatan-jabatan ini dihadkan oleh pihak British.
  4. Sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal kecuali hal yang berkaitan agama Islam dan adat Melayu.
  5. Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral.
  6. Keadaan tersebut menimbulkan perasaan tidak puas hati sultan-sultan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
  • Sultan telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pihak British. British telah bersetuju menubuhkan Durbar atau Persidangan Raja-raja Melayu pada tahun 1897 bagi mengatasi masalah ini. Ahli-ahli Durbar terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi, Raja-raja Melayu, Residen Jeneral dan empat orang Residen.

Durbar pertama telah diadakan di Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1897.

Durbar kedua diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1903. Dalam persidangan tersebut, sultan Perak iaitu Sultan Idris telah mengkritik pemusutan kuasa di tangan Residen Jeneral dan mendesak agar kuasa raja-raja Melayu dikembalikan.

  • Sultan Perak mendesak agar bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan ditambah dan dilantik ke jawatan yang lebih tinggi serta mengiktiraf bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi.

Kesan daripada desakan tersebut, pihak British telah menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1909. 

  1. Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha.
  2. Kerajaan British juga bersetuju untuk menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri.

Pautan luarSunting