Pertubuhan Bantuan Antarabangsa Bagi Perlindungan dan Kebajikan Binatang

Pertubuhan Bantuan Antarabangsa Bagi Perlindungan dan Kebajikan Binatang (Bahasa Inggeris: International Aid for the Protection & Welfare of Animals; IAPWA) ialah pertubuhan antarabangsa yang prihatin dengan nasib dan kebajikan haiwan yang terbiar. Pengasas bersama IAPWA ialah Nicola Stevens dan Lynsey Gill. IAPWA merupakan badan bukan untung dan berpusat di United Kingdom.

IAWPA bekerjasama dengan presiden Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) Kota Kinabalu, Iskandar Mohd Ali. Persatuan ini simpati dengan nasib anjing dan kucing yang banyak terbiar di Sabah. IAWPA telah berunding dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Hajiji Noor.[1]

RujukanSunting

Pautan luarSunting