Peserta Paralimpik Bebas di Sukan Paralimpik Musim Panas 1992

Peserta Paralimpik Bebas merupakan nama yang diberikan kepada atlet dari Republik Persekutuan Yugoslavia yang bertanding dalam Sukan Paralimpik Musim Panas 1992 yang dianjurkan di Barcelona. Atlet dari bahagian-bahagian yang masih berada di dalam Yugoslaviatelah bertanding sebagai "Peserta Olimpik Bebas" dalam Sukan Olimpik Musim Panas 1992, yang juga dianjurkan oleh Barcelona. Mereka tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian sebagai "Yugoslavia" kerana Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 757 telah meletakkan sekatan ke atas negara tersebut.[1] Oleh itu, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa telah mengiktiraf penyertaan Yugoslavia dalam Sukan Paralimpik dari tahun 1972 hingga 1988 dan dari tahun 1996 hingga 2000, termasuk atlet yang secara rasminya bukan milik delegasi negara, kecuali pada tahun 1992.[2]

Peserta Paralimpik Bebas di
Sukan Paralimpik Musim Panas 1992
Kod IPCIPP
di Barcelona
Peserta16 dalam 4 sukan
Pingat
Kedudukan ke-26
Emas
4
Perak
3
Gangsa
1
Jumlah
8
Penampilan Sukan Paralimpik Musim Panas
Penampilan lain yang berkaitan
 Yugoslavia (1960–1988, 1996-2000)
 Serbia dan Montenegro (2004)
 Serbia (2008–)
 Montenegro (2008–)

Terdapat enam belas orang "Peserta Paralimpik Bebas" yang bertanding pada Sukan Paralimpik 1992 dalam acara olahraga, menembak, renang dan pingpong. Mereka telah memenangi lapan pingat dan antaranya termasuklah empat pingat emas. [3]

Pemenang pingat sunting

Pingat Nama Temasya Sukan Acara
  Emas Nada Vuksanovic 1992 Barcelona Olahraga Lontar Cakera Wanita B2
  Emas Ruzica Alexov 1992 Barcelona Menembak Pistol Angin Campuran SH1>3
  Emas Branimir Jovanovski 1992 Barcelona Menembak Pistol Angin Campuran SH1
  Emas Nenad Krisanovic 1992 Barcelona Berenang 50 m Kuak Dada Lelaki SB2
  Perak Nada Vuksanovic 1992 Barcelona Olahraga Lontar Peluru Wanita B2
  Perak Radomir Rakonjac 1992 Barcelona Menembak Pistol Angin Campuran SH1
  Perak Nenad Krisanovic 1992 Barcelona Renang 50 m Kupu-kupu Lelaki S3-4
  Gangsa Zlatko Kesler 1992 Barcelona Pingpong Perseorangan Lelaki 3

Rujukan sunting

  1. ^ "Countries and Nationalities at the Olympics" Diarkibkan 2010-02-07 di Wayback Machine, Sports Reference
  2. ^ Yugoslavia at the Paralympics, International Paralympic Committee
  3. ^ Independent Paralympic Participants at the Paralympics, International Paralympic Committee