Piala Dunia Wanita FIFA merupakan sebuah kejohanan bola sepak antarabangsa untuk wanita yang dianjurkan oleh FIFA. Ianya disertai oleh pasukan wanita kebangsaan daripada kalangan ahli FIFA. Kejohanan ini diadakan empat tahun sekali sejak tahun 1991, di mana pada tahun tersebut, ianya dikenali sebagai Kejohanan Dunia Wanita yang telah diadakan di China.

Piala Dunia Wanita FIFA
Ditubuhkan1991
KawasanAntarabangsa (FIFA)
Jumlah pasukan16 (Akhir)
Juara semasa Amerika Syarikat (Gelaran Ke-3)
Pasukan paling berjaya Amerika Syarikat (3 Gelaran)
Laman webLaman rasmi
Piala Dunia Wanita FIFA 2015

Format terkini kejohanan ini menyaksikan terdapat 24 slot di mana 1 slot dirizabkan kepada pasukan tuan rumah dan 23 slot lagi ditawarkan kepada pasukan kebangsaan yang akan melalui fasa kelayakan yang diadakan selama lebih kurang tiga tahun. Pusingan akhir kejohanan ini kemudian diadakan di negara yang telah ditetapkan sebagai tuan rumah selama sebulan.

Setakat ini, tujuh edisi kejohanan Piala Dunia Wanita FIFA telah diadakan dan dimenangi oleh empat pasukan kebangsaan berbeza, termasuklah pasukan Amerika Syarikat, yang mengalahkan pasukan Norway dengan jaringan 2-1 dalam edisi pertama. Juara semasa dimenangi oleh pasukan Amerika Syarikat, selepas memenangi kejuaraan kali ketiga mereka dalam kejohanan Piala Dunia Wanita FIFA 2015.


FormatSunting

Pusingan akhir menyaksikan 12 hingga 24 buah pasukan kebangsaan bertanding dalam masa sebulan di negara tuan rumah. Ianya mempunyai dua peringkat: peringkat kumpulan dan kalah mati[1].

Dalam peringkat kumpulan, pasukan akan dibahagikan kepada empat kumpulan yang setiap satunya terdiri daripada empat pasukan. Setiap kumpulan akan bermain menggunakan format round-robin, di mana setiap pasukan dijadualkan beraksi sebanyak 3 perlawanan menentang pasukan lain dalam kumpulan yang sama. Bagi perlawanan terakhir kumpulan, ianya dijalankan pada masa yang serentak bagi mengekalkan kesaksamaan di antara kesemua pasukan dalam kumpulan itu. Pada tahun 2015 yang menggunakan format 24 pasukan, dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan serta empat pasukan terbaik yang menduduki kedudukan ketiga setiap kumpulan akan layak ke pusingan kalah mati. Mata akan diberikan kepada pasukan dalam setiap kumpulan. Sejak tahun 1994, tiga (3) mata diberikan kepada pasukan yang memenangi perlawanan, satu (1) mata kepada pasukan yang seri manakala tiada mata (0) diberikan kepada pasukan yang kalah.

Dalam pusingan kalah mati pula, pasukan akan melawan pasukan yang telah ditetapkan sebanyak satu perlawanan sahaja, di mana masa tambahan atau sepakan penalti akan diadakan jika perlawanan berkesudahan seri selepas masa penuh[1].


KeputusanSunting

Tahun Tuan Rumah Perlawanan Akhir Penentuan Tempat Ketiga
Juara Jaringan Naib Juara Tempat Ketiga Jaringan Tempat Keempat
1991
Butiran
 
China
 
Amerika Syarikat
2–1  
Norway
 
Sweden
4–0  
Jerman
1995
Butiran
 
Sweden
 
Norway
2–0  
Jerman
 
Amerika Syarikat
2–0  
China
1999
Butiran
 
Amerika Syarikat
 
Amerika Syarikat
0–0
(Masa tambahan)
(5–4)
(Penalti)
 
China
 
Brazil
0–0 [A]
(5–4)
(Penalti)
 
Norway
2003
Butiran
 
Amerika Syarikat
 
Jerman
2–1
(Gol Emas)
 
Sweden
 
Amerika Syarikat
3–1  
Kanada
2007
Butiran
 
China
 
Jerman
2–0  
Brazil
 
Amerika Syarikat
4–1  
Norway
2011
Butiran
 
Jerman
 
Jepun
2–2
(Masa tambahan)
(3–1)
(Penalti)
 
Amerika Syarikat
 
Sweden
2–1  
Perancis
2015
Butiran
 
Kanada
 
Amerika Syarikat
5–2  
Jepun
 
England
1–0
(Masa tambahan)
 
Jerman
2019
Butiran
 
Perancis

PrestasiSunting

# Negara Juara Naib juara Tempat Ketiga Tempat Keempat Jumlah
1   Amerika Syarikat 3 (1991, 1999, 2015) 1 (2011) 3 (1995, 2003, 2007) 7
2   Jerman 2 (2003, 2007) 1 (1995) 2 (1991, 2015) 5
3   Norway 1 (1995) 1 (1991) 2 (1999, 2007) 4
4   Jepun 1 (2011) 1 (2015) 2
5   Sweden 1 (2003) 2 (1991, 2011) 3
6   Brazil 1 (200) 1 (1999) 2
7   China 1 (1999) 1 (1995) 2
8   England 1 (2015) 1
9   Kanada 1 (2003) 1
  Perancis 1 (2011) 1


RujukanSunting


Pautan luarSunting