Plea bargaining ialah rundingan bagi pengakuan bersalah diadakan di antara pihak pendakwaan dan pembelaan sebagai insentif bagi tertuduh (Orang Kena tuduh) memilih untuk mengaku salah, tanpa perlu melalui proses perbicaraan.

Konsep ini diwujudkan untuk mengurangkan jumlah kes tertunggak di mahkamah dibahagikan kepada dua iaitu rundingan bagi pertuduhan dan rundingan bagi hukuman. Melalui rundingan pertuduhan, tertuduh boleh mengaku salah kepada pertuduhan lebih ringan atau didakwa dengan sebahagian daripada beberapa tuduhan asal dikenakan.

Bagi rundingan hukuman, tertuduh diberitahu terlebih dulu hukuman yang bakal dikenakan terhadapnya jika memilih mengaku salah bagi tuduhan dihadapinya.

Konsep ini digunakan bagi hampir 90 peratus kes jenayah di Amerika Syarikat. ‘Plea bargain’ turut diamalkan di Pakistan, India, England dan Wales serta Victoria, Australia, selain di Itali, Jerman dan Perancis.

Plea bargaining diperkenalkan di Malaysia oleh Ketua Hakim Negara,Tun Zaki Azmi pada 2010.[1]

Rujukan sunting