Portal:Sukan Olimpik/Cadangan rencana
Pengenalan sunting
Sublaman ini berperanan sebagai satu platform bagi para penyunting untuk mempromosikan rencana mereka (untuk mendapatkan perhatian penyunting lain supaya bersama-sama menambah baik rencana tersebut). Sublaman ini juga memainkan peranan "Tahukah Anda" yang didapati dalam portal-portal yang lain dan mencadangkan rencana-rencana mengenai topik yang kurang diketahui oleh khalayak ramai.
Perhatian sunting
- Tekan sunting sumber dan tambahkan pautan anda di bawah tag "noinclude".
- Pendekkan nama/tajuk rencana agar pembaca tidak akan menghadapi kesukaran membaca apa yang telah dipaparkan
- Lazimnya perkara yang perlu dipendekkan ialah nama temasya (cth: Sukan Olimpik Musim Panas 2020). Sekiranya terdapat nama umum yang lebih pendek (cth: Tokyo 2020), maka gunakanlah nama tersebut. Sekiranya tidak, gugurkan perkataan "Sukan" dan "Musim Panas/Sejuk" (cth: Sukan Olimpik Remaja Musim Panas 2014 kepada Olimpik Remaja 2014).
- Oleh sebab ruang yang ada dalam portal adalah terhad, sesebuah pautan boleh dibuangkan setelah dipaparkan lebih daripada dua minggu (rujuk tarikh yang terletak di tepi pautan).