Portal:Uruguay/Pengenalan
Uruguay [u-ru-guai] atau juga secara rasminya dipanggil Republik (Sebelah) Timur (Sungai) Uruguay (bahasa Sepanyol: República Oriental del Uruguay), ialah sebuah negara yang terletak di bahagian selatan Amerika Selatan. Negara ini bersempadan dengan:
- Brazil di utara;
- Sungai Uruguay di barat;
- muara Río de la Plata (secara harfiahnya bermaksud "Sungai Perak", tetapi biasa dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai "River Plate", iaitu "Plat Sungai") di barat daya;
- Argentina pada seberang kedua-dua sungai; dan
- Lautan Atlantik Selatan di tenggara.