Prachi Desai (lahir 12 September 1988) ialah pelakon filem dan bekas pelakon televisyen India. Beliau memulakan kerjaya televisyennya sebagai protagonis utama dalam drama TV Kasamh Se di Zee TV. Beliau muncul dengan filem Bollywood pertamanya dalam filem 2008 Rock On!!. Filem-filem lakonannya yang lain termasuk Life Partner (2009), Once Upon a Time in Mumbaai (2010), Bol Bachchan (2012) dan I, Me Aur Main (2013). Beliau juga merupakan penaja, jurucakap, duta jenama dan wajah produk Pelancongan Goa dan Neutrogena di India.[3] Desai juga merupakan duta jenama Lux Lyra.[4][5]

Prachi Desai
Prachi Desai di Minggu Fesyen Lakme 2018 – Hari 5
Kelahiran (1988-09-12) 12 September 1988 (umur 36)[1]
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2004–kini

Kehidupan awal dan latar belakang

sunting

Desai dilahirkan di Surat, Gujarat kepada Niranjan Desai dan Ameeta Desai. Beliau mempunyai seorang kakak bernama Esha Desai.[6]

Desai belajar di St Joseph Convent,[7] Panchgani dan menamatkan persekolahannya hingga gred kesembilan di Surat. Beliau menamatkan pengajiannya di Kolej Sinhagad di Pune.[8]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Prachi Desai, happy birthday!". Zee News India. 12 September 2013. Dicapai pada 18 April 2013.
  2. ^ "I am lucky:Prachi Desai". Times of India. 9 December 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-12. Dicapai pada 28 December 2010.
  3. ^ "Prachi Desai is new face of Neutrogena cosmetics in India". Mid-Day. 4 September 2009. Dicapai pada 28 December 2010.
  4. ^ "Lyra brand about four years ago and had roped in actor Prachi Desai as its brand ambassador". 5 April 2017. Dicapai pada 8 June 2017.
  5. ^ "Lux Lyra – Prachi Desai". 8 January 2016. Dicapai pada 8 June 2017.
  6. ^ "Prachi Desai family, childhood photos". Celebrity family wiki (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 January 2016.
  7. ^ "Prachi Desai goes back to school". mid-day. Dicapai pada 8 January 2016.
  8. ^ "Prachi Desai on Twitter". Twitter. Dicapai pada 8 January 2016.

Pautan luar

sunting