Prasasti Sungai Mas I
Prasasti Sungai Mas I merupakan sebuah Batu bersurat yang ditemui di Kampung Sungai Mas di daerah Kuala Muda, Kedah yang bertarikh 592 masihi. Prasasti Sungai Mas I berukuran 416mm panjang dan berkelebaran 230mm di bahagian atasnya dan 257mm di bahagian kiri. Ianya ditemui oleh Encik Ariffin Bin Ibrahim sekitar tahun 1980-an. Prasasti Sungai Mas I ditulis dalam skrip Pallava, dalam bahasa Sanskrit. [1] Sekarang ada di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Malaysia.
prasasti sungai mas I | |
---|---|
Bahan baku | batu |
Sistem penulisan | Palawa |
Dibuat | Abad 6 M |
Ditemukan | Site 32, Sungai Mas, Kuala Muda, Malaysia |
Teks Prasasti
suntingBarisan satu: ajñānāc=(c)īyate karmma janmanaḥ karmma kāra(ṇaṃ)
Barisan kedua: janmanaḥ karmma kāra(ṇaṃ) karmmā bhā(van na ja)ya te
Terjemahan:
Daripada kejahilan, karma terkumpul, dan penyebab kepada kelahiran semula adalah karma
Dengan ilmu, karma akan terkumpul, tanpa karma, seseorang tidak akan dilahirkan semula