Presiden Uruguay juga dikenali sebagai Presiden Oriental Republik Uruguay merupakan ketua negara dan ketua kerajaan di negara Uruguay dan diperakukan di dalam Perlembagaan Uruguay. Bidang tugas seseorang Presiden adalah bersama-sama dengan Pejabat Sektariat Presiden, Lembaga Menteri dan pengarah utama eksekutif bagi proses perancangan ekonomi dan belanjawan negara. Di dalam kes ketidakhadiran seseorang Presiden atas tugas-tugas rasmi, tempatnya akan dipangku sementara oleh Timbalan Presiden Uruguay. Presiden juga merupakan komander utama bagi semua pasukannangkatan tentera Uruguay.

Presiden

Republik Uruguay
Penyandang
Luis Lacalle Pou
sejak 1 Mac 2020
Anggota bagiPoder Ejecutivo de la República Oriental del Uruguay (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Bidang kuasaUruguay Edit the value on Wikidata
InstitusiPresidencia de la República (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
KediamanResidencia de Suarez
Dilantik olehPilihan raya umum Uruguay 2014
Tempoh jawatanLima tahun, tidak diperbahrui
Penjawat sulungFructuoso Rivera
Dibentuk6 November 1830
Timbalan/naibVice President of Uruguay
Gaji11,634 USD sebulan[1]
SenaraiList of presidents of Uruguay (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Tapak webpresidencia.gub.uy
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Mengikut Perlembagaan Uruguay 1967 atau Perlembagaan Uruguay 1997, sesorang Presiden ditentukan berdasarkan undi popular rakyat dan menjabat jawatan tersebut selama lima tahun sepenggal (tiada tempoh masa untuk diperbahrui). Setiap kali pilihan raya umum, parti-parti di Uruguay boleh manghantar dua orang calon untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden di peringkat pusingan pertama. Bagi yang memperoleh majoriti 50%+1 di peringkat tersebut, dua calon teratas akan layak untuk bertanding di peringkat pusingan kedua bagi penentuan ke jawatan Presiden.

Sejak tahun 1990, penggal mula jawatan Presiden ditetapkan setiap 1 Mac dan tamat juga pada 1 Mac, lima tahun kemudian. Presiden Uruguay terkini ialah Luis Lacalle Pou.

Bidang kuasa sunting

Berdasarkan Artikel 168 Perlembagaan Uruguay, seseorang presiden mempunyai fungsi-fungsi tertentu antaranya:

  1. Memelihara ketenteraman awam, kedamaian bersama dan keselamatan negara.
  2. Komander utama semua pasukan angkatan tentera Uruguay.
  3. Pengisytiharan semua undang-undang, mengeluarkan peraturan khas yang diperlukan untuk pelaksanaannya.
  4. Merasmikan pembukaan penggal Dewan Rendah Uruguay.
  5. Berhak untuk mencadangkan bil atau pindaan kepada undang-undang yang sebelum ini digubal.
  6. Berhak untuk membuat undang-undang veto apa yang beliau tidak berkenan.
  7. Berhak melakukann pemberhentian mana-mana penjawat awam jika melakukan salahlaku, atau ketidakseimbangan politik.
  8. Pengurusan hubungan diplomatik dan dengan persetujuan badan perundangan negara serta berhak untuk mengisytiharkan perang.
  9. Berhak untuk mengisytiharkan keadaan kecemasan atau darurat apabila diperlukan.
  10. Menyediakan draf dan perancangan belanjawan negara.
  11. Berhak membuat rundingan perjanjian diplomatik atau dalaman dengan pengesahan dan nasihat dari jabatan perundangan negara.

Senarai Presiden Uruguay sunting

Keputusan pilihan raya umum Uruguay 2019 sunting

Pada 25 November 2019, keputusan awal tidak rasmi di dalam pusingan kedua menunjukkan Lacalle Pou, mendahului dengan majoriti (48.71%) jumlah pengundi ketika itu sebanyak 28,666 undi manakala Martínez sekadar dengan (47.51%). Proses pengumuman pemenang lewat kerana sebanyak 35,229 undi diperlukan untuk dikira. Pada 28 November 2019, Martínez kemudian mengakui kekalahannya. Pada 30 November 2019, undi terakhir mengesahkan Lacalle Pou sebagai pemenang dengan majoriti tipis memperoleh peratus undian 48.8% daripada jumlah undian yang dibuang manakala Martínez dengan peratus undian 47.3%. Luis Alberto Lacalle Pou dijangka mengangkat sumpah jawatan Presiden Uruguay ke-64 pada 1 Mac 2020.



Mantan Presiden yang masih hidup sunting


Rujukan sunting

  1. ^ "Shocking Gap Between Latin America's Presidential Salaries And Workers Minimum Wage". Latin Post.

Pautan luar sunting