Protokol Bishkek merupakan sebuah perjanjian gencatan senjata sementara yang ditandatangani oleh perwakilan daripada Republik Armenia (Speaker Parlimen Babken Ararktsian), Republik Nagorno-Karabakh yang tak diiktiraf (pengerusi parlimen NKR, Karen Baburian), Republik Azerbaijan (Timbalan Pertama Speaker Parlimen, Afiyaddin Jalilov) dan perwakilan Rusia di Kumpulan CSCE Minsk Vladimir Kazimirov pada 5 Mei, 1994 di Bishkek, ibu negara Kyrgyzstan. Protokol ini yang masih berkuatkuasa, menamatkan Perang Nagorno-Karabakh dan membekukan pertikaian berdarah di sini.

Sempadan akhir konflik selapas perjanjian Protokol Bishkek. Tentera Armenia dari Nagorno-Karabakh kini menguasai hampir 9% wilayah Azerbaijan di luar bekas Oblast Autonomi Nagorno Karabakh, sementara tentera Azerbaijan menguasai Shahumian dan bahagian timur Martakert dan Martuni.

Selain perjanjian gencatan senjata itu sendiri, protokol ini mengandungi ketetapan-keteta berikut:[1]

  • meluluskan autonomi kepada Nagorno-Karabakh, sementara pada masa yang sama memperakui kedaulatan oleh Azerbaijan;[2]
  • kawalan yang memberi jaminan keselamatan Nagorno-Karabakh (bermaksud operasi menjaga keamanan oleh pihak ketiga, akan tetapi tiada persetujuan akan pihak-pihak yang akan terlibat; Rusia, terutamanya mahu memainkan peranan utama dalam mengawal keamanan, akan tetapi ini merupakan pilihan siatuasi terburuk Templat:Bywhom untuk Azerbaijan)[2]
  • pengunduran tentera Armenia daripada menduduki wilayah Azerbaijan;[2]
  • status khas untuk Lachin Corridor yang menghubungkan Nagorno-Karabakh dengan Armenia, kemungkinan digandingkan dengan beberapa langkah-langkah serupa di antara tanah besar Azerbaijan dan Nakhchivan;[2]
  • penyusunan di antara Azerbaijan dan Armenia bagi membolehkan majoriti pelarian kembali semula ke rumah mereka.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Blair, Betty. "Forging a Lasting Peace: The Nagorno-Karabakh Conflict", Azerbaijan International, spring 1996 (vol. 4, no. 1), p. 52
  2. ^ a b c d e "Visions for Mountainous Karabakh: From the Azerbaijanis and the Armenians" by Yoko Hirose in The Armenia-Azerbaijan Conflict over Karabakh, 2007, ISBN 978-9952-8092-4-4, p. 124

Pautan luar sunting

Templat:Nagorno-Karabakh Conflict