Psikologi pilihan raya

Psikologi pilihan raya merupakan model berdasarkan psikologi manusia yang menerangkan pengalaman pilihan raya atau impak pilihan raya pada tahap individu mahupun agregat.[1] Bentuk psikologi ini memfokuskan kajiannya terhadap beberapa aspek iaitu:

  • penyertaan dalam pilihan raya
  • kadar keluar mengundi
  • pilihan calon dan impaknya
  • sifat dan konotasi pengalaman mengundi
  • sikap mengundi
  • persepsi mengenai suasana pengundian
  • perspesi individu tentang konteks pilihan raya
  • kitaran pengundian
  • proses pembuatan keputusan

Psikologi pilihan raya menilai tindakan mengundi individu bagi memahami perkembangan psikologi dan identiti pengundi pada jangka panjang, serta konsistensi perkembangan tersebut sepanjang kehidupan seseorang.

Sejarah sunting

Kajian mengenai tindakan politikal dapat dikesan semula kepada Lazarsfeld dan sekolah Columbia pada tahun 1940-an. Model Columbia mempromosikan kegunaan survey sebagai kaedah mengkaji pilihan raya dan mengubahsuai model mereka supaya mempunyai kefahaman yang lebih sosiologikal mengenai undian. Lazarsfeld telah mengkaji dan bekerja bersama ahli psikolgi perkembangan iaitu Karl and Charlotte Buhler, dan beliau mendapat inspirasi daripada teori-teori psikologi perkembangan untuk menggunakan kaedah analisis tindakan bagi mengkaji setiap tindakan, pilihan dan keputusan individu, yang turut dapat diaplikasikan terhadap bidang lain, termasuklah keputusan pengundian[2]. Dengan ini, Lazarsfeld telah menubuhkan Wirtschaftspsychologische Forschungsstelle pada tahun 1925 sebagai sebahagian daripada Vienna Psychological Institute untuk mengaplikasikan psikologi kepada hal-hal sosial dan ekonomi. Bagi Lazarsfeld, kaedah analisis tindakan ini mempunyai potensi untuk menggabungkan "kajian mengenai manusia dengan kajian mengenai impak agregat terhadap tindakan berindividu supaya dapat menggabungkan bidang psikologi dengan sosiologi".[3]


Lazarsfeld berpendapat bahawa tindakan pengundian individu adalah serasi dengan kajian terdahulunya mengenai tingkah laku konsumer serta keputusan berkenaan dengan pilihan pekerjaan, lalu beliau mula mengkaji tingkah laku pengundi pada tahun 1939 melalui aplikasi metodologi kajiannya yang terdahulu, iaitu mengatur suatu struktur terhadap respons yang dikumpulkan apabila beliau menanyakan soalan kepada individu: "Mengapakah anda melakukan tindakan tersebut?"


Kajian pertama mengenai tingkah laku pengundi dilaksanakan pada tahun 1940 untuk mengkaji pilihan raya Amerika Syarikat di Eric County, Ohio. Lazarsfeld, Bernard Berelson dan Hazel Gaudet akhirnya menerbitkan hasil kajian penyelidikan mereka di The People’s Choice pada tahun 1944 [4] tetapi akibat kekecewaan mereka terhadap kegagalan untuk membuktikan teori model tingkah laku mereka, mereka tidak menghujahkan metodologi yang digunakan malah memperkenalkan teori model yang baharu, iaitu sebuah model yang menekankan peranan luaran dalam mempengaruhi tingkah laku pengundi, terutamanya aspek sosial. Bagi Lazarsfeld, pilihan politik kebanyakannya dipengaruhi oleh ciri-ciri sosial.


Pada tahun 1948, Survey Research Center (SRC) di University of Michigan telah mengadakan kajian penyelidikan mengenai hal-hal dasar awam yang menggunakan hanya satu soalan mengenai niat mengundi untuk pilihan raya pada tahun tersebut. Dengan soalan tersebut, mereka berjaya menolok niat tersirat rakyat pada tahun tersebut yang seiras dengan keputusan pilihan raya sebenar yang tidak disangka pada tahun itu. Dengan kejayaan tersebut, Jawatankuasa Mengenai Tingkah Laku Politik (SRC) telah ditbuhkan oleh Majlis Penyelidikan Sains Sosial bagi mengkaji sebab-sebab utama sangkaan peninjau pendapat tidak tepat bagi pilihan raya itu, dan secara lebih am, mengadakan perbincangan tentang kajian pilihan raya. Akhirnya, SRC menghasilkan sumbangan kajian penyelidikan pertama di Michigan mengenai pilihan raya dan tingkah laku pengundian yang menjadi peneraju untuk perkembangan psikologi pilihan raya hingga zaman semasa.[5]

Model-Model Psikologi Pilihan Raya sunting

Terdapat dua jenis teori model utama iaitu Model Columbia yang diperkenalkan oleh Lazarsfeld dan sekolah Columbia yang menggunakan tinjauan sebagai kaedah penyiasatan pilihan raya yang jelas bagi meningkatkan pemahaman tentang sosiologi pengundian.

Model kedua merupakan model Michigan dan Pengundi Amerika yang mencadangkan model alternatif berdasarkan data tinjauan mengenai sikap partisan

Kedua-dua model tersebut menekankan unsur-unsur tersebut:

  • Pengenalan partisan
  • Nadi tingkah laku politik rakyat
  • Sosialisasi, kelas sosial, dan persekitaran membolehkan pengundi mengenal pasti dengan parti politik [6]

Konsep-Konsep Utama sunting

Terdapat beberapa konsep utama yang berkait rapat dengan psikologi pilihan raya. Antaranya adalah anjakan empati yang menerangkan tingkah laku seluruh populasi pengundi lain apabila mengalami implikasi signifikan dari segi pengundian strategik, unjuran keberkesanan yang mempengaruhi hala tuju politik komuniti jika dibezakan dengan realiti praktikal kehidupan seharian rakyat, permusuhan pilihan yang menunjukkan emosi negatif terhadap warganegara lain (kaum, agama) akibat undi semasa serta suasana pilihan raya iaitu iklim yang dirasakan oleh setiap rakyat semasa tempoh pilihan raya - kekal dalam ingatan mereka untuk proses pilihan raya akan datang. [7]