Puducherry (dahulunya Mengenai audio iniPondicherry ; Tamil: புதுச்சேரி or பாண்டிச்சேரி, Bahasa Telugu: పాండిచెర్రి, Bahasa Malayalam: പുതുശ്ശേരി, Perancis: Pondichéry) ialah sebuah Wilayah Kesatuan di India. Puducherry merupakan bekas jajahan Perancis yang terdiri daripada empat daerah yang terletak berasingan, dan dinamakan sempena daerah terbesar di kalangannya iaitu Pondicherry.

புதுச்சேரி
పాండిచెర్రి
Territoire de Pondichéry
Union Territory of Pondicherry
—  Wilayah Kesatuan  —


Lokasi புதுச்சேரி
పాండిచెర్రి
Territoire de Pondichéry
Union Territory of Pondicherry
Koordinat 11°56′N 79°50′E / 11.93°N 79.83°E / 11.93; 79.83Koordinat: 11°56′N 79°50′E / 11.93°N 79.83°E / 11.93; 79.83
Negara  India
Wilayah Puducherry
Daerah 4
Tarikh ditubuhkan 1 Julai 1963
Ibu negeri Pondicherry
Bandar terbesar Bandar Pondicherry
Leftenan Gabenor Lt. Jen. Bhopinder Singh (Addl.)
Ketua Menteri V. Vaithilingam
Perundangan (kerusi) Tunggal (30)
Penduduk

Kepadatan

973,829 (2)

1,979/km2 (5,126/sq mi)

Bahasa rasmi Tamil, Perancis, Telugu, Malayalam
Zon masa IST (UTC+5:30)
Keluasan 492 km2 (190 sq mi)
ISO 3166-2 IN-PY
Laman web www.pondicherry.nic.in

Pada bulan September 2006, wilayah ini menukar nama rasminya dari Pondicherry kepada Puducherry,[1] yang membawa maksud "desa baru"[2] Puducherry juga dikenali sebagai "Riviera Perancis Timur" (La Côte d'Azur de l'Est).

Geografi sunting

 
Pondicherry seen from Spot Satellite

Pondicherry terdiri daripada empat daerah yang terletak saling berasingan, iaitu Pondicherry, Karaikal, dan Yanam yang menghadap Teluk Benggala dan Mahé yang menghadap Laut Arab. Puducherry (Pondicherry) dan Karaikal adalah yang paling besar dan terletak berhampiran negeri Tamil Nadu. Yanam dan Mahé pula masing-masing terlekat berhampiran negeri Andhra Pradesh dan Kerala. Wilayah ini jumlah luasnya 492 km² (Puducherry 293 km², Karaikal 160 km², Mahé 9 km², Yanam 30 km².) Puducherry diduduki 900,000 orang (2001).

Rujukan sunting

  1. ^ "Bill to rename Pondicherry as Puducherry passed". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-21. Dicapai pada 2008-10-07.
  2. ^ BBC: "New name for old French territory"

Pautan luar sunting