Pulau Kentut terdiri daripada 2 buah pulau iaitu Pulau Kentut Kecil dan Pulau Kentut Besar. Pulau ini antara 99 buah pulau yang terletak di sekitar perairan Pulau Langkawi, Kedah.

Pulau Kentut terletak di perairan Pulau Langkawi, Kedah

Pulau Kentut Besar Koordinat: 6°14′22.632″N 99°43′19.344″E / 6.23962000°N 99.72204000°E / 6.23962000; 99.72204000 ialah pulau kecil di Langkawi. Ia terletak di barat daya Pulau Langkawi, dan di timur laut Pulau Beras Basah. Bersebelahan dengan Pulau Kentut Kecil yang saiznya lebih kecil daripada Pulau Kentut Besar. Ia merupakan dua diantara lambakan gugusan pulau yang berada di situ dengan pemandangan menarik, pantai pasir putih, dan laut biru yang sungguh jernih.

Pulau Kentut terletak kira-kira 400m dari Star Cruise Jetty melalui bot manakala 24.5km daripada Jeti Kuah dan 14km daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK).

Legenda sunting

Ada kisah lagenda disebalik nama pulau ini. Ia berkaitan dengan Pulau Kentut Besar dan adiknya yang kecil, Pulau Kentut Kecil. Ia merujuk kepada kisah peristiwa perkahwinan antara anak perempuan Mat Chinchang dan anak lelaki Mat Raya

Keluarga pengantin perempuan menyediakan nasi separuh masak kepada pengantin lelaki, setelah memakannya, pengantin lelaki terkentut dua kali, lalu wujudlah dua pulau itu. Penghinaan itu mencetuskan kekecohan dalam perkahwinan lalu mencipta seluruh tempat di Langkawi termasuk Kuah dan Belanga Pecah.

Rujukan sunting