Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur

Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur atau UTC KL merupakan nama baru bagi Terminal di Pudu Raya yang telah diubah suai selama enam bulan dengan kos RM24 juta.

Perubahan Hentian Pudu Sentral‎ ini berlaku dalam tempoh yang singkat selepas lawatan pertama YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia pada April 2009.

UTC KL dirancang sebagai pusat sehenti di bawah satu bumbung merangkumi puluhan jabatan kerajaan, agensi swasta serta pusat rekreasi yang dibina melalui Strategi Lautan Biru. Di situ juga terdapat Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia. Kemudahan surau yang boleh digunakan untuk solat Jumaat juga disediakan.[1] Bersebelahan dengannya terdapat bangunan Plaza Rakyat.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting