Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) ialah syarikat pemeriksaan kenderaan berkomputer yang ditubuhkan pada 1994, Puspakom di bawah (DRB-HICOM), di bawah Syarikat Persendirian perkhidmatan Puspakom kepada Kumpulan DRB-HICOM agar perkhidmatannya lebih menarik dan berdaya saing.DRB-HICOM adalah syarikat yang tersenarai di bursa saham.
Jenis/bentuk sah | Sendirian Berhad |
---|---|
Industri | Pemeriksaan kenderaan |
Ditubuhkan | 1994 |
Ibu pejabat | Glenmarie, Shah Alam, Kuala Lumpur |
Tokoh penting | Datuk Haji Abdul Rahman bin Mohd Ramli (Pengerusi) |
Tapak web | Puspakom Sdn Bhd |
sunting · sunting di Wikidata |
Antara tujuan penubuhannya ialah memeriksaan kenderaan lama dan baru, kereta import memenuhi piawai keselamatan yang ditetapkan. Pemilik kenderaan akan dikenakan caj tertentu dengan kadar yang sesuai.
Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Datuk Seri Mohd Khamil Jamil menyatakan Puspakom mempunyai 50 cawangan tetap dan 21 cawangan berjadual di seluruh Malaysia. Pemilik kenderaan lama hendaklah ke Puspakom untuk membuat pemeriksaan berkala bagi memastikan kenderaan mereka benar-benar selamat digunakan.[1]
Kontroversi
sunting- Puspakom sebagai agensi swasta dihantui persepsi rasuah kerana mudah terdedah diberi rasuah oleh pemilik bas sekolah, bas ekspres, bas awam, lori dan lain-lain kenderaan. Sekiranya pemilik kenderaan tidak mendapat permit pengesahan daripada Puspakom, aktiviti perniagaan mereka tidak boleh dijalankan dan akan disaman oleh JPJ dan polis.
- Kerajaan membatalkan peraturan pemeriksaan kereta berusia 15 tahun kerana mendapat bantahan ramai. Kos penyelenggaraan akan meningkat jika syarat itu dikuatkuasakan. Syarat itu tidak mesra orang kampung di pedalaman dan di Felda yang kurang berkemampuan. Kenderaan lama lebih 15 tahun hendaklah dilupuskan atau mendapat kelulusan Puspakom. Bank enggan memberi pinjaman mudah untuk membeli kenderaan baru. Mereka yang bekerja di syarikat swasta dan bekerja sendiri tidak layak meminjam. oleh itu mereka beralih kepada pinjaman along.