Qutaibah ibn Muslim

Qutaibah ibn Muslim (wafat 715[1]) merupakan seorang gabenor Arab yang berkhidmat di bawah seliaan Hajjaj ibn Yusuf ketika pemerintahan khalifah Al-Walid bin Abdul Malik.

Genealogi sunting

Qutaibah ibn Muslim ibn Amr ibn al-Hushain ibn Rabi'ah ibn Khalid ibn Usaid al-Khair ibn Qudhai ibn Hilal ibn Salamah ibn Tsa'labah ibn Wa'il ibn Ma'n ibn Malik ibn A'shar al-Bahili.[2]

Kehidupannya sunting

Atas didikan disiplin daripada Hajjaj, Qutaibah berjaya melaksanakan tugas dengan berkesan. Namun, ketika zaman pemerintahan Sulaiman bin Abdul Malik, beliau dihukum bunuh kerana statusnya mampu menggugat pucuk pimpinan khalifah.

Jasa dan Sumbangannya sunting

Atas arahan Panglima Besar Hajjaj, Qutaibah berjaya meluaskan empayar Islam dari Turkestan, Bukhara hingga ke sempadan negara China termasuk Samarkand.

Rujukan sunting

  1. ^ "Qutaybah ibn Muslim | Arab general". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-02-18.
  2. ^ Ibn Hazm al-Andalusi. Jamharat Ansab Al-Arab. m/s. 246.