Raja Bendahara Perak

Raja Bendahara Perak ialah sebuah jawatan diraja dalam Kesultanan Perak. Jawatan ini ialah penerus kepada jawatan Bendahara Perak yang sebelum ini diwarisi oleh keluarga bukan diraja dari keturunan Megat Terawis. Walau bagaimanapun, pada pemerintahan Sultan Iskandar Dzulkarnain, baginda telah melantik Raja Alauddin atau digelar Bendahara Penyengat Hitam sebagai Raja Bendahara.[1] Bermula daripada itu, jawatan ini disandang oleh kerabat diraja lebih 200 tahun sehingga penyandang terakhir, Raja Abdul Rashid mangkat pada 1958.

Raja Bendahara Perak
Wilayah/Negeri
Butiran
Raja pertamaRaja Alauddin
Raja terakhirRaja Abdul Rashid
Pembentukan1750-an
Pemansuhan1958

Kedudukan Raja Bendahara Perak dalam hierarki pewarisan takhta Perak ialah pewaris kedua tertinggi, di bawah Raja Muda Perak.[2]

Jawatan ini digantikan dengan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja yang kembali disandang oleh bukan kerabat diraja[1] dan menjadi salah seorang Orang Besar Empat dalam senarai Orang Besar Negeri Perak.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Jasbindar, Freddie Aziz (2019-02-06). "Kenali Raja Bendahara Perak Yang Terakhir". Dicapai pada 2023-10-02.
  2. ^ SembangKuala (2013-02-16). "Peranan Waris Negeri Perak Kepada Takhta Singgahsana Negeri". SembangKuala (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-02.