Rancangan Malaya Pertama

Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960) ialah rancangan pembangunan ekonomi pertama yang dirangka kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Melalui rancangan 5 tahun ini, pembangunan negara menjadi sistematik dan teratur selepas merdeka. Rancangan ini diikuti oleh Rancangan Malaya Kedua.

Rancangan Malaya Pertama dilaksanakan dengan matlamat utama:

  1. Memajukan sektor luar bandar
  2. Mempelbagaikan sumber negara supaya tidak terlalu bergantung pada sektor ekonomi.

Dua buah agensi kerajaan telah ditubuhkan iaitu;

  1. Rural & Industrial Development Authority (RIDA) - 1953
  2. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

Pengurusan RIDA (kemudiannya MARA) dan FELDA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah

Lihat juga sunting