Rancangan Malaysia Kesembilan

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) merupakan rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh 2006-2010. RMK9 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Parlimen pada 31 Mac 2006.

Rancangan pembangunan lima tahun ini diumumkan setelah Malaysia melalui fasa 15 tahun pertama semenjak Wawasan 2020 diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad semasa membentangkan Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991. Seperti rancangan-rancangan pembangunan dahulu, RMK9 bermatlamat untuk terus memacu negara ke arah kemakmuran walaupun Malaysia menghadapi persekitaran dalam dan luar negara yang sukar seperti kesan dari krisis kewangan Asia dan kenaikan harga minyak[1].

RMK9 mempunyai 5 teras utama iaitu:

  1. Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi
  2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama
  3. Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yg berterusan secara membina dan produktif
  4. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
  5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan

Isu-isu penting dalam RMK9 sunting

Pembangunan infrastruktur sunting

Kerajaan Malaysia memperuntukkan sejumlah besar wang untuk pembangunan infrastruktur dalam tempoh RMK9 seperti Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor yang diperuntukkan RM10 bilion. Selain dari itu:

  • RM3.5 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan
  • RM2 bilion untuk pembangunan industri bioteknologi (termasuk infrastruktur)
  • RM1 bilion untuk menaik taraf dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebagai pusat penerbangan kos rendah kedua di Malaysia
  • Peruntukan untuk jambatan kedua dan monorail di Pulau Pinang.
  • Peruntukan untuk guru pelatih sebanyak rm1 bilion

Kajian separuh penggal sunting

Berikut adalah laporan Kajian Separuh Penggal RMK9 seperti yang dibentangkan Perdana Menteri Malaysia di Parlimen pada 26 Jun 2008:

Item 2007 2005
Kedatangan pelancong 21 juta 16.4 juta
Perolehan dari pelancong RM46.1 bilion RM31.9 bilion
Jumlah perolehan dari rawatan kpd pesakit dari luar negara RM457.5 juta -
Jumlah jualan RM293.9 bilion RM198.1 bilion
Nilai komoditi pertanian RM52.4 bilion RM37.5 bilion
Penetrasi Internet/100 isi rumah 19.3% 7%
Pembinaan/menaik taraf jalan 32,694 km -
Bekalan air bersih luar bandar 300 sekolah -
Bekalan elektrik sekolah luar bandar 100% di Sarawak, 72% di Sabah -
Insiden kemiskinan tegar 0.7% 1.2%
Pendapatan per kapita RM23,066 RM18,840
Defisit negara (% dari KDNK) 3.2% 3.6%

Lain-lain:

  1. Pembinaan 32,000 rumah kos rendah
  2. 47 provisi di bawah Kod Tanah Kebangsaan untuk menambah baik pengurusan tanah
  3. Pemprosesan pasport dalam masa 24 jam

Nota kaki sunting

  1. ^ Sejak pertengahan 1980an, harga minyak di NYMEX berada di bawah US$25 setong sehingga September 2003. Beberapa peristiwa seperti pencerobahan Amerika Syarikat ke atas Iraq pada tahun 2003 menyebabkan harga minyak meningkat ke US$60 pada 11 August 2005, beberapa bulan sebelum RMK9 dibentang.

Pautan luar sunting