Rawatan simptomatik, penjagaan sokongan, terapi sokongan atau rawatan paliatif ialah sebarang terapi perubatan penyakit yang hanya memfokuskan untuk merawat simptom penyakit sahaja, bukan punca asasnya . Ia biasanya dibuat untuk mengurangkan kesan dan simptom penyakit bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada pesakit, tetapi pada masa sama ia juga dapat berfungsi untuk mengurangkan kemungkinan kesan sampingan daripada penyakit dialami pesakit. Kebanyakkan penyakit, walaupun yang etiologinya diketahui (cth, kebanyakan penyakit virus, seperti influenza dan demam Rift Valley ), rawatan simptomatik merupakan satu-satunya rawatan yang wujud pada masa kini. Untuk butiran lanjut, lihat terapi sokongan. Untuk keadaan seperti kanser, arthritis, neuropati, tendinopati dan kecederaan, ia boleh digunakan untuk membezakan rawatan yang menyokong/paliatif dan tidak boleh mengubah sejarah semula jadi penyakit ( rawatan mengubah suai penyakit ).

Contoh sunting

Contoh rawatan simptomatik:

Kegunaan sunting

Apabila etiologi (punca, penyebab, atau cara penyakit atau status penyakit) untuk penyakit itu diketahui, maka rawatan khusus untuk penyakit itu boleh dimulakan, namun selalunya rawatan simptomatik tetap juga akan diberikan.

Rawatan simptomatik tidak boleh digunakan dalam semua jenis penyakit, kerana rawatan ini mungkin berbahaya, kerana berkemungkinan rawatan ini akan menghalang atau menyembunyikan etiologi penyakit yang menyebabkan penyakit itu lambat dirawat atau kemungkinan tidak dirawat. Contoh:

  • Demam selama 15 hari atau lebih kadangkala merupakan satu-satunya gejala bakteremia oleh bakteria staphylococcus . Rawatan simptomatik akan menyembunyikan penyakit daripada diagnosis dan rawatan yang berkesan dengan antibiotik . Akibatnya mungkin teruk ( demam reumatik, nefritis, endokarditis, dll.)
  • Sakit kepala kronik mungkin disebabkan oleh kecenderungan tumor otak atau aneurisma otak .

Rawatan simptomatik masih boleh menyebabkan berlakunya kesan sampingan yang buruk, dan mungkin boleh menjadi punca iatrogenik (iaitu, kesan buruk yang disebabkan oleh rawatan itu sendiri), seperti tindak balas alahan, pendarahan perut, kesan sistem saraf pusat ( loya, pening, dsb. ).

Lihat juga sunting

  • Penjagaan paliatif – program penjagaan sokongan untuk orang yang mempunyai penyakit serius

Rujukan sunting

  1. ^ "NCI Dictionary of Cancer Terms". National Cancer Institute (dalam bahasa Inggeris). 2011-02-02. Dicapai pada 2020-03-24.