Rel ketiga
Rel ketiga (Jawi: ريل كتيݢ) merupakan suatu kaedah untuk menyediakan tenaga elektrik kepada lokomotif atau gerabak kereta api melalui pengalir tegar separa berterusan yang diletakkan di sepanjang atau di antara rel landasan kereta api. Ia biasanya digunakan dalam sistem pengangkutan awam atau alihan laju, yang mempunyai penjajaran di koridor sendiri, sepenuhnya atau hampir sepenuhnya dipisahkan daripada persekitaran luar. Sistem rel ketiga selalunya membekalkan tenaga elektrik secara terus.
Penerangan
suntingSistem rel ketiga adalah satu cara untuk menyediakan kuasa tarikan elektrik kepada kereta api dan ia menggunakan rel tambahan (dipanggil "rel pengalir") untuk tujuan itu. Dalam kebanyakkan sistem, rel pengalir diletakkan pada penghujung ranjang landas di luar rel, tetapi dalam sesetengah sistem, rel pengalir tengah digunakan. Rel pengalir disokong pada penebat seramik (dikenali sebagai "pot") atau pendakap tertebat, yang kebiasaannya diletakkan secara berselang pada jarak 10 kaki (3.0 m).
Kereta api mempunyai blok sesentuh logam yang dipanggil kekasut (atau kekasut sentuh) yang akan bersentuhan dengan rel pengalir. Arus tarikan dikembalikan kepada stesen penjanaan melalui rel. Rel pengalir biasanya dibuat daripada keluli keberaliran tinggi dan rel disambungkan secara elektrik dengan menggunakan ikatan wayar atau peranti lain, untuk meminimumkan rintangan pada litar elektrik. Kekasut sentuh diletakkan sama ada di bawah, atas atau di sebelah rel ketiga, bergantung pada jenis rel ketiga yang digunakan; rel–rel ketiga tersebut dirujuk sebagai sentuhan-bawah, sentuhan-atas atau sentuhan-sisi masing-masing.
Galeri
sunting-
Rel ketiga dengan kanopi putih diatasnya, di samping dua rel di bawah ialah rel jalan yang biasa; arus dari rel ketiga kembali ke stesen janakuasa melalui ini
-
Rel ketiga yang dilitupi dengan selubung keselamatan berwarna kuning
-
Rel ketiga bagi transit rakyat Lapangan Terbang Stansted dengan rel ketiganya berada di tengah landasan
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Rel ketiga |
Cari Rel ketiga dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- Paten rel ketiga Thomas Edison (1882)
- Lightrail without wires – Kertas mengenai trem baru Bordeaux dengan rel ketiga aras jalan (oleh Lembaga Penyelidikan Pengangkutan Akademi Kebangsaan)
- Butiran reka bentuk rel ketiga/keempat di United Kingdom
- Morrison-Knudsen 1992