RetailMeNot, Inc. (dahulunya dikenali sebagai Whaleshark Media) ialah sebuah syarikat multinasional Amerika yang beribu pejabat di Austin, Texas. Ia merupakan sebuah laman web yang mengumpulkan tawaran dari pelbagai laman web kupon . Syarikat itu diasaskan oleh Cotter Cunningham. [3] Syarikat itu memiliki RetailMeNot.com dan VoucherCodes.co.uk dan memperoleh tapak laman web kupon dan perisian pihak ketiga.

RetailMeNot, Inc.
Jenis/bentuk sahSubsidiari
IndustriCashback website, Online coupons
Ditubuhkan27 Oktober 2006; 17 tahun yang lalu (2006-10-27)[1]
Austin, Texas, U.S.
PengasasCotter Cunningham
Ibu pejabatAustin, Texas, Amerika Syarikat
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
PerkhidmatanOnline services
Hasil US$ 249.1 million (2015)[2]
Bilangan kakitangan~500 (2015)
Syarikat indukZiff Davis
Tapak webretailmenot.com Sunting ini di Wikidata
Facebook: RetailMeNot Twitter: RetailMeNot Instagram: retailmenot Youtube: UCbye-z19NTRic4iEWSsClAA Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

RetailMeNot ditubuhkan untuk mengagregatkan tawaran kupon dan menyebarkannya kepada para pengguna. Ia mengedarkan kupon berdasarkan beberapa kategori untuk bahagian runcit seperti kategori aksesori, automotif, produk bayi, produk kecantikan, pakaian, elektronik, perabot, kesihatan, laman, barang kemas, haiwan peliharaan, fotografi, mainan dan perlancongan.

Sejarah sunting

Syarikat ini diasaskan pada tahun 2006 oleh usahawan Australia Guy King dan Bevan Clark. Kedua-duanya sebelum ini telah bekerjasama di laman web BugMeNot, sebuah tapak yang membenarkan pengguna berkongsi identiti palsu untuk mengelakkan darik perkongsian maklumat diri untuk pendaftaran tapak web, pengaksesan laman kandungan berbayar, dan sistem pengurusan kandungan. [4] [5] Syarikat itu telah diambil alih oleh syarikat Whaleshark Media pada tahun 2010. [6] Syarikat itu berjaya mengumpulkan $300 juta dalam pembiayaan daripada beberapa syarikat pelaburan Austin Ventures, Norwest Venture Partners, Adams Street Partners, Institutional Venture Partners, JP Morgan dan Google Ventures . [7] Selepas beberapa tempoh, syarikat ini memperoleh laman web kupon RetailMeNot.com yang telah diasaskan dari Australia dan syarikat itu menukar namanya kepada RetailMeNot pada tahun 2013 .

Whaleshark Media memperoleh tapak laman web tersebut[yang mana?] di Amerika Syarikat dan Eropah. Selepas menukar namanya kepada RetailMeNot pada Jun tahun 2013 untuk tujuan penjenamaan semula, syarikat itu memfailkan IPO untuk $230 juta USD pada tahun 2013. [8] Pada April tahun 2017 Harland Clarke Holdings, (HCH) sebuah syarikat perkhidmatan pembayaran dan pemasaran, mengumumkan untuk memperoleh RetailMeNot dalam sebuah perjanjian bernilai $630 juta dalam ekuiti. [9] Pada 6 Februari tahun 2020 HCH mengumumkan bahawa ia akan melancarkan semula dirinya sebagai Vericast. [10]

Syarikat itu menubuhkan Hari Pulangan Tunai Kebangsaan tahunan (Annual National Cashback Day) pada bulan November di mana para pembeli boleh menerima pulangan tunai sehingga 20% untuk pembelian dalam talian yang dibuat pada hari tersebut. Sebanyak kira-kira 300 peruncit nasional seperti Banana Republic, Bloomingdale's, Estée Lauder, Gap dan Macy's juga mengikut serta promosi tersebut. [11]

Pada September tahun 2020, RetailMeNot terlibat dalam sebuah perbincangan awal dengan sebuah bakal pembeli syarikat, dengan harga sasaran antara $500 dan $600 juta. [12] Pada 29 September tahun 2020, J2 Global, Inc. —sebuah syarikat perkhidmatan maklumat internet terkemuka—mengumumkan bahawa ia telah memeterai sebuah perjanjian pembelian untuk memperoleh RetailMeNot daripada Vericast dengan harga kira-kira $420 juta. [13] Pengambilalihan telah selesai pada Oktober tahun 2020. [14]

Isu undang-undang sunting

Syarikat Mary Kay Cosmetics telah menyaman laman affliat RetailMeNot di mahkamah persekutuan kerana memaparkan kupon di tapak mereka walaupun setelah diberi perintah untuk menurunkannya dari laman web mereka. Pada pandangan syarikat Mary Kay, paparan kupon Mary Kay mengelirukan pengguna dan membahayakan jenama serta hubungannya dengan agen wakil jualannya (perunding bebas) dalam beberapa cara. [15] Tuntutan itu diselesaikan selepas beberapa bulan dengan cara penyelesaian sulit. [16]

Pada Jun tahun 2018, syarikat RetailMeNot menyaman sebuah laman web pesaing Honey Science Corporation atas pelanggaran hak cipta paten dalam teknologi berkaitan komputer. [17] Sehingga Jun tahun 2020, kes itu masih berterusan di mahkamah.

Pengambilalihan sunting

Syarikat RetailMeNot telah mengambilalih beberapa syarikat termasuk:

  • RetailMeNot.com, tapak kupon digital di Amerika Syarikat [3]
  • eConversions, syarikat induk Gutschein-Codes.de di Jerman dan VoucherCodes, tapak kod baucar di United Kingdom [18] [19]
  • Ma-Reduc.com dan Poulpeo.com, kupon digital dan tapak pulangan tunai di Perancis [20]
  • ZenDeals.com, tapak kupon Amerika Utara (9 Oktober 2013) [21]
  • Giftcard Zen Inc, tapak pertukaran kad hadiah Amerika Utara (5 April 2016) [22]
  • LowestMed, tapak perbandingan ubat preskripsi Amerika Utara (8 Mei 2018) [22]

Rujukan sunting

  1. ^ "RetailMeNot.com WHOIS, DNS, & Domain Info - DomainTools". WHOIS. Dicapai pada 2016-07-10.
  2. ^ "FoxBusiness". Fox Business. June 18, 2013. Dicapai pada June 18, 2013.
  3. ^ a b Arrington, Michael (2010-12-02). "WhaleShark Media Closes A Whale Of A Financing, Buys RetailMeNot". TechCrunch. Dicapai pada 2020-08-30.
  4. ^ "Revealed: the brains behind Bugmenot". Guy King and Bevan Clark. 8 October 2007.
  5. ^ Deleon (8 April 2008). "CushyCMS Beta Launch: Free Invites For TechCrunch Readers | TechCrunch". Dicapai pada 2017-08-26.
  6. ^ "WhaleShark Media Acquires RetailMeNot.com" (Siaran akhbar). Austin, Texas: PR Newswire. December 2, 2010. Dicapai pada 2020-08-30.
  7. ^ ARRINGTON, MICHAEL (2 August 2011). "Google Ventures Invests In Coupon Startup Whaleshark Media". TechCrunch.
  8. ^ RAO, LEENA (17 June 2013). "Online Coupon Giant RetailMeNot (Formerly WhaleShark Media) Files For $230M IPO". TechCrunch.
  9. ^ "Online coupon site RetailMeNot acquired for $630 million". TechCrunch. 11 April 2017. Dicapai pada 12 December 2017.
  10. ^ Inc, RetailMeNot. "Harland Clarke Holdings Opens New Decade as Vericast". RetailMeNot, Inc. | MediaRoom. Dicapai pada 2020-12-18.
  11. ^ Ilchi, Layla (2020-11-05). "Cash Back Day Is Back: Here's What to Know About the Shopping Holiday". WWD (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-06.
  12. ^ "Perelman's Coupon Company RetailMeNot to Weigh Sale Options". Bloomberg.com (dalam bahasa Inggeris). 2020-09-16. Dicapai pada 2020-12-18.
  13. ^ "J2 Global Announces Agreement to Acquire RetailMeNot". www.businesswire.com (dalam bahasa Inggeris). 2020-09-29. Dicapai pada 2020-12-18.
  14. ^ "Inline XBRL Viewer". www.sec.gov. Dicapai pada 2021-02-24.
  15. ^ "Mary Kay Cosmetics Sues RetailMeNot For Fraud, Trademark Infringement". Marketing Land (dalam bahasa Inggeris). 2015-03-18. Dicapai pada 2016-05-10.
  16. ^ "RetailMeNot and Mary Kay Settle Coupon Code Fight". Coupons in the News. 2015-09-29. Dicapai pada 2016-05-10.
  17. ^ "RetailMeNot sues rival Honey over patent infringement". TechCrunch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-10-16.
  18. ^ "WhaleShark Media Acquires VoucherCodes.co.uk, UK's Top Coupon Site". www.businesswire.com. 16 August 2011.
  19. ^ Lipschutz, Kari (2011-08-16). "WhaleShark Acquires U.K. Coupon Company". www.adweek.com.
  20. ^ Wauters, Robin (4 July 2013). "RetailMeNot Acquires French Online Coupon Site Ma-Reduc.com". The Next Web.
  21. ^ "EX-99.1". www.sec.gov. Dicapai pada 2016-06-15.
  22. ^ a b Hawkins (2018-05-08). "With acquisition, RetailMeNot jumps into prescription drug business". 512tech.com. Dicapai pada 2018-05-08.