Robert George Kardashian (22 Februari 1944 – 30 September 2003) merupakan seorang peguam bela dari Amerika Syarikat. Beliau dikenali atas penglibatannya membela O. J. Simpson, seorang atlet bola sepak Amerika dan pelakon terkenal, ketika Simpson didakwa atas tuduhan membunuh bekas isterinya, Nicole Brown Simpson, serta rakan Nicole, Ron Goldman.

Robert Kardashian
Robert Kardashian smiles at the camera, dressed in a suit
Robert Kardashian
Kelahiran
Robert George Kardashian

(1944-02-22)22 Februari 1944
Meninggal dunia30 September 2003(2003-09-30) (umur 59)
Los Angeles, California, A.S.
DikebumikanTanah Perkuburan Inglewood Park, California
KerakyatanAmerika Syarikat
PendidikanDorsey High School, Los Angeles
Pusat pendidikanUniversity of Southern California (BS)
University of San Diego School of Law (JD)
Pekerjaan
  • Attorney
  • businessman
Terkenal keranaKes pembunuhan O. J. Simpson
Nilai bersih$30 juta (2003)[1]
PasanganKris Houghton
(k. 1978; div. 1991)

Jan Ashley
(k. 1998; ann. 1999)

Ellen Pierson
(k. 2003)
Rakan kongsi domestikPriscilla Presley
(c. 1975; sep. 1976)
Denice Halicki
(c. 1991; sep. 1994)
Anak-anak

Awal hidup sunting

Robert lahir di Los Angeles, California. Beliau lahir kepada Hamas Shakarian dan Tatos Kardashian, seorang pekerja pengumpul sampah di kota tersebut .[2] Datuk dan nenek moyangnya, Saghatel ("Sam") dan Harom Kardaschoff, merupakan imigran bangsa Armenia penganut Kristian mazhab Prygun[3] dari Karakale, Oblast Kars, Empayar Rusia (kini Merkezkarakale di Provinsi Kars, Turki).

Beliau belajar di Susan Miller Dorsey High School serta melanjutkan pengajiannya di University of Southern California, di mana beliau lulus dengan ijazah sarjana sains dalam pentadbiran perniagaan.[4]

Beliau mengahwini Kris Kardashian (nama keluarga asal: Houghton, kemudiannya Jenner) pada tahun 1978; hubungan mereka menghasilkan empat orang anak iaitu Kourtney, Kimberly, Khloé dan Rob.[5] Robert dan Kris bercerai pada tahun 1991.[perlu rujukan]

Kerjaya peguaman sunting

Kes pembunuhan O. J. Simpson sunting

Senja hidup sunting

Robert didiagnos kanser esofagus pada bulan Julai 2003. Beliau meninggal dua bulan kemudian pada 30 September 2003 ketika berusia 59 tahun.[6] Mayatnya disemadikan di Tanah Perkuburan Inglewood di Inglewood, California.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ "Robert Kardashian net worth". Richest celebrities. Dicapai pada March 16, 2016.
  2. ^ Harvey, Oliver (16 Mac 2012). "Kim Kardashian is keeping up with the Armenians". The Sun. London. Dicapai pada 3 September 2012.
  3. ^ Conovaloff, Andrei. "Taxonomy of 3 Spiritual Christian groups: Molokane, Pryguny and Dukh-i-zhizniki — books, fellowship, holidays, prophets and songs". Spiritual Christian Around the World. Dicapai pada 27 Disember 2016.
  4. ^ Shuster, Beth (6 July 1994). "Kardashian-Simpson Bond Stands Test of Time, Trouble". Los Angeles Times.
  5. ^ "Photo of Robert Kardashian with his children". What's Good? Online.
  6. ^ "O.J. Simpson lawyer, Kardashian, dies". CNN. October 1, 2003. Dicapai pada 22 November 2010.
  7. ^ Gnerre, Sam (26 July 2014). "The Inglewood Park Cemetery predates the city's incorporation". Daily Breeze. Dicapai pada 18 April 2016.