Robert Lanza merupakan seorang doktor perubatan, ahli sains dan ahli falsafah dari Amerika Syarikat.

Robert Lanza di makmal pada Oktober 2009.

Robert dilahirkan di Boston, Massachusetts and dibesarkan di selatan tempat itu di Stoughton, Massachusetts. Fikrah Robert iaitu dunia yang berpusatkan biologi (biosentrisme) meletakkan biologi atas sains lain, dan berhujahkan bahawa kehidupan dan kesedaran merupakan kunci memahami dunia.[1] Robert menerima banyak anugerah and pengiktirafan lain seperti Senarai Time 100 "100 Orang Yang Paling Berpengaruh di Dunia" dalam Majalah TIME 2014. Robert menulis dan menyunting buku tentang perkara seperti kejuruteraan tisu, pengklonan, sel tunjang, perubatan regeneratif dan kesihatan dunia.

Rujukan sunting

  1. ^ Aaron Rowe (2009-01-04). "Will Biology Solve the Universe?". Wired.com. Dicapai pada 2009-08-09.