Rogol statutori merujuk hubungan seks dengan sesorang yang berada di bawah usia kerelaan dari segi undang-undang.

Frasa rogol statutori adalah istilah yang digunakan dalam sesetengah bidang perundangan bagi menggambarkan aktiviti seksual di mana satu pihak berusia di bawah usia rela (mampu memberi kebenaran) bagi kelakuan tersebut.[1] Sungguhpun ia biasanya digunakan bagi merujuk orang dewasa melakukan hubungan seksual dengan minor bawah usia di bawah usia kerelaan ("age of consent"),[1] usia di mana individual dianggap mampu memberi kebenaran kepada perlakuan seksual, ia merupakan istilah generik, dan amat sedikit perhakiman menggunakan istilah "rogol statutori" sebenar dalam bahasa statuteri.[2] Perbezaan bidang perhakiman menggunakan banyak istilah statutori berbeza bagi jenayah, seperti "serangan seksual," "rogol kanak-kanak," "merosakkan minor," "pengetahuan carnal bagi minor," "pengetahuan carnal melanggar undang-undang", atau sekadar "pengetahuan carnal." rogol statutori berbeza dari rogol paksaan dari segi paksaan jelas atau ancaman tidak perlu digunakan. Udang-undang menganggap paksaan, kerana minor atau orang dewasa cacat fikiran dalam perundangan tidal mampu dari segi undang-undang bangi memberikan kebenaran bagi perbuatan tersebut.

Malaysia sunting

Kanun Keseksaan (Malaysia) menjadikan sebarang hubungan seksual antara lelaki dengan wanita di bawah umur 16 tahun sebagai rogol sama ada dilakukan dengan kerelaan wanita itu atau tidak. Ini juga disebut sebagai rogol statutori atau statutory rape. Ini bermakna tidak kira apa juga alasan yang diberikan, jika didapati wanita itu di bawah umur 16 tahun ketika hubungan seks itu dilakukan, maka ia adalah jenayah rogol.

Peruntukan rogol statutori digubal bagi melindungi kanak-kanak di bawah umur. Maka menurut peruntukan ini kanak-kanak bawah 16 tahun tidak berupaya memberikan kerelaan dan oleh itu walaupun dia mengaku memberikan kerelaan terhadap hubungan seks itu, kerelaannya tidak akan diterima oleh mahkamah.

Sementara itu hukuman yang boleh dikenakan ke atas orang disabitkan kesalahan dengan jenayah rogol terdapat dalam Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu:

"Barang siapa melakukan rogol hendaklah dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat."

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Statutory Rape Known to Law Enforcement" (PDF). U.S. Department of Justice - Office of Juvenile Justice and Delinquency Prevention. Dicapai pada 2008-03-24.
  2. ^ "State Legislators' Handbook for Statutory Rape Issues" (PDF). U.S Department of Justice - Office for Victims of Crime. Dicapai pada 2008-03-24.

Pautan luar sunting