Rongga hidung ialah ruang yang besar yang dipenuhi udara di atas dan di belakang hidung di bahagian tengah muka. Bahagian septum hidung membahagikan rongga kepada dua bahagian rongga,[1] yang dikenali sebagai fossa.[2] Setiap rongga hidung ialah kesinambungan salah satu daripada dua lubang hidung. Rongga hidung adalah bahagian paling atas sistem pernafasan dan menyediakan laluan hidung untuk udara yang akan atau telah disedut dari lubang hidung ke farinks dan seluruh saluran pernafasan.

Rongga hidung
Rongga hidung (naval cavity)
Butiran
Sebahagian daripadaHidung
SistemSistem olfaktori, sistem respirasi
Pengenalpastian
nama bahasa Latincavum nasi; cavitas nasi
MeSHD009296
TAA06.1.02.001
FMAFMA:54378
Terminologi anatomi

Struktur sunting

Dinding di setiap sisi rongga hidung terdiri daripada maksila. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan yang dikompensasian oleh plat yang serenjang tulang palatin, plat pterigoid tengah, labirin etmoid dan konka inferior. Sinus paransal disambungkan ke rongga hidung melalui lubang hidung yang dikenali sebagai ostia. Kebanyakan ostia ini bertindak dengan hidung melalui dinding hidung bahagian sisi, melalui dinding lateral hidung, yang dikenali sebagai hiatus semilunaris.[3]

Rongga hidung mempunyai kawasan injap hidung, merangkumi dua injap iaitu injap hidung luaran dan injap hidung dalaman. Injap hidung luaran dibatasi secara tengah oleh septum hidung, dekat rawan hidung lateral dan di belakang sil hidung.[4] Injap hidung dalaman pula dibatasi secara median oleh sempadan ekor rawan hidung yang lateral, di bahagian tengah pula oleh septum hidung dorsal dan di bahagian bawah pula sempadan anterior konka hidung inferior.[5] Injap hidung yang didalam merupakan kawasan paling sempit dalam rongga hidung dan merupakan tapak utama dalam rintangan hidung dalam hidung yang normal.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Standring S (2016). Gray's Anatomy: The Anatomical Basis of Clinical Practice (ed. Forty-first). Elsevier. m/s. 556–565. ISBN 978-0-7020-5230-9.
  2. ^ "Nasal fossa". TheFreeDictionary.com.
  3. ^ Knipe H. "Ostiomeatal complex". Radiology Reference Article. Radiopaedia.org.
  4. ^ Hamilton, Grant S. (May 2017). "The External Nasal Valve". Facial Plastic Surgery Clinics of North America. 25 (2): 179–194. doi:10.1016/j.fsc.2016.12.010. ISSN 1558-1926. PMID 28340649.
  5. ^ Murthy, V. Ashok; Reddy, R. Raghavendra; Pragadeeswaran, K. (August 2013). "Internal Nasal Valve and Its Significance". Indian Journal of Otolaryngology and Head & Neck Surgery. 65 (Suppl 2): 400–401. doi:10.1007/s12070-013-0618-x. ISSN 2231-3796. PMC 3738809. PMID 24427685.
  6. ^ Fraioli, Rebecca E.; Pearlman, Steven J. (2013-09-01). "A Patient With Nasal Valve Compromise". JAMA Otolaryngology–Head & Neck Surgery. 139 (9): 947–950. doi:10.1001/jamaoto.2013.4163. ISSN 2168-6181.

Pautan luar sunting