Buka menu utama

Pokok rumput (atau rumpai) kebiasaannya merupakan tumbuhan renek atau herba. Ia boleh hidup di darat, sungai atau laut. Rumpai dikelaskan mengikut cara hidup dan fisiologinya. Pada kebiasaannya rumpai dikelaskan kepada tiga kategori utama iaitu rumpai daun tirus, rumpai daun lebar dan rusiga. Rumpai daun tirus biasanya di dalam keluarga Poaceae (dahulu dikenali sebagai Graminaea)contohnya Echinochloa crus-galli. Rumpai jenis ini biasanya mempunyai batang yang bulat dan berdaun tirus. Rumpai daun lebar pula mudah dicam dengan sifat daunnya yang lebar dan besar. Terdapat banyak keluarga di dalam kumpulan ini, seperti Asteraceae, Amaranthaceae dan Rubiaceae. Contoh rumpai di dalam kumpulan ini ialah rumput Tahi Ayam (Ageratum conyzoides) dan bayam duri (Amaranthus spinosus). Manakala rusiga pula mudah dikenali dengan bentuk batangnya yang segi tiga. Kebanyakan rumpai kumpulan ini adalah di dalam keluarga Cyperaceae. Contoh mudah spesies yang tergolong di dalam keluarga ini ialah rumput halia hitam (Cyperus rotundus).

Di dalam bidang pertanian ia biasanya dikaitkan sebagai "tumbuhan perosak" dan selalunya di hapuskan dengan beberapa kaedah kawalan rumpai samada kaedah mekanikal, kimia, kultur dan biologi.

Dalam bidang penternakan, rumpai boleh dijadikan makanan haiwan ternakan terutaman lembu, kambing dan biri-biri.

Ia juga mempunyai banyak kegunaan didalam bidang perubatan moden atau perubatan tradisional.

Sesetengah rumpai boleh dijadikan makanan atau ulam serta sumber ubatan penting. Pucuk paku dan pucuk pegaga misalnya boleh dijadikan sayur atau ulam. Misai kucing pula terkenal sebagai ubatan dalam mencegah kencing manis dan darah tinggi.

Rumput mempunyai peranan penting dalam pertanian.

Daftar Rumput dan RumpaiSunting

Paku PakisSunting

Rumpai AirSunting