Runtuhan salji Gunung Everest 2014

Pada 18 April 2014, satu runtuhan salji terjadi di Gunung Everest iaitu berdekatan Kem Pangkalan Everest lalu menyebabkan enam orang jurupandu berbangsa Nepal. Sehingga 20 April 2014, tiga belas mayat telah dijumpai. Pencarian tiga lagi mayat telah dihentikan sementara kerana berlaku kesukaran dan risiko mencarinya.

Jatuhan Ais Khumbu pada 2005. Runtuhan itu berlaku disebabkan oleh serac yang jatuh dari lereng Gunung Everest (tengah kiri) di atas jatuhan ais.

Gambaran sunting

Kira-kira jam 06:45 waktu tempatan (01:00 UTC), satu runtuhan salji berlaku di sebelah selatan Gunung Everest pada ketinggian 19,000 kaki (5,800 m).[1] Zon kemalangan itu dikenali oleh penduduk tempatan sebagai "Gerbang Emas" atau "Padang Bertih Jagung" dan ia terletak di Jatuhan Ais Khumbu.[2][1] Banyak serac tidak stabil di dalam dan di atas jatuhan ais, dan ini menyebabkan para pendaki cuba untuk melaluinya secepat mungkin, selalunya pada awal pagi sebelum keadaan suhu meningkat. Kira-kira 30 orang lelaki, kebanyakkannya jurupandu Sherpa, tertimbus oleh runtuhan salji dimana ia disebabkan oleh serac besar yang pecah dari bahu kiri Gunung Everest di atas jatuhan ais.[2][3] Kumpulan pendaki tersebut ketika itu sedang memasang tali dan menyediakan laluan Takik Selatan untuk pendaki berbayar ketika musim pendakian akan datang. Jurupandu perlu mencari dan mengekalkan laluan baru melalui jatuhan ais setiap tahun, mengikut perubahan keadaan yang berlaku secara kerap dengan anjakan glasier ais.[4]

Jurupandu biasanya memperoleh AS$125 bagi setiap kali pendakian. Diantara 350 hingga 450 jurupandu, kebanyakkannya Sherpa bekerja setiap tahun ketika musim pendakian. Baru-baru ini, warga asing mula membawa jurupandu mereka sendiri dan menyebabkan ketegangan dalam kalangan penduduk tempatan.[2] Lapan orang termasuk seorang jurupandu Sherpa yang berpengalaman maut di Everest pada 2013.[4][5]

Mangsa sunting

Enam belas orang didapati maut dalam runtuhan salji. 13 mayat dijumpai pada 20 April, apabila misi mencari dan menyelamat dibatalkan kerana "terlalu banyak risiko". Tiga lagi mangsa yang tinggal tertimbus dalam lebih kurang 80 hingga 100 meter (260 hingga 330 ka) ais dan salji. Jatuhan salji yang berterusan menyebabkan misi itu tidak selamat. Sembilan orang jurupandu yang lain tercedera dalam runtuhan salji.[6]

Mangsa-mangsa yang maut dalam runtuhan salji[2]
Mingma Nuru Sherpa Dorji Sherpa
Ang Tshiri Sherpa Nima Sherpa
Phurba Ongyal Sherpa Lakpa Tenjing Sherpa
Chhiring Ongchu Sherpa Dorjee Khatri
Then Dorjee Sherpa Phur Temba Sherpa
Pasang Karma Sherpa Asman Tamang
Tenzing Chottar Sherpa Ankaji Sherpa
Pem Tenji Sherpa Ash Bahadur Gurung

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Everest avalanche kills at least 12 Sherpa guides". Berita BBC. 18 April 2014. Dicapai pada 18 April 2014.
  2. ^ a b c d Ellen Barry; Graham Bowlet (18 April 2014). "Deadliest Day: Sherpas Bear Everest's Risks". The New York Times. Dicapai pada 18 April 2014.
  3. ^ Arnette, Alan. "Everest 2014: Avalanche Near Camp 1-Sherpa Deaths:Update 7". alanarnette.com. Dicapai pada 20 April 2014.
  4. ^ a b Burke, Jason; Rauniyar, Ishwar (18 April 2014). "Mount Everest avalanche leaves at least 12 Nepalese climbers dead". The Guardian. London. Dicapai pada 18 April 2014.
  5. ^ "Twelve Dead in Mount Everest Avalanche". Daily Telegraph. Australia. Dicapai pada 18 April 2014.
  6. ^ "Everest avalanche: Search mission called off citing 'too much risk'". Kantipur Publications. 20 April 2014. Dicapai pada 20 April 2014.