Söğüt [søʲyt] adalah sebuah bandar dan daerah yang terletak di wilayah Bilecik dalam Marmara, Turki. Luas Söğüt adalah sekitar 599 km2 (231 bt2) dan bersempadan dengan Bilecik di barat, Gölpazarı di utara, İnhisar di timur laut, Eskişehir barat laut, dan Bozüyük barat daya. Berdasarkan bancian pada tahun 2000, penduduk Söğüt berjumlah kira-kira 21,012 orang, dan anggaran pada tahun 2010, jumlah penduduknya adalah 19,425 orang. Söğüt merupakan ibu negara pertama empayar Uthmaniyyah bermula semasa ia ditubuhkan pada 1299 sehingga tahun 1335.

Söğüt
Negara Turki
WilayahWilayah Bilecik
Keluasan
 • Daerah530.21 km2 (204.72 batu persegi)
Penduduk
 (2012)[2]
 • Bandar
13,891
 • District
19,842
 • Kepadatan District37/km2 (97/batu persegi)
Muzium Ertuğrul Ghazi di Söğüt.

Sejarah

sunting

Söğüt adalah sebuah puak Turki Seljuk di barat Anatolia yang kemudian melahirkan empayar Uthmaniyah. Puak yang kecil tapi sofistikated berasal dari cabang Kayi Seljuk Turk yang mana pada kurun ke-12 dan ke-13 telah menakluk Anatolia. Kampung Söğüt di kelilingi oleh tiga buah puak Turki yang lebih besar iaitu; Eskenderum di utara, Eskişehir di timur, Konyali di selatan; dan empayar Byzantine di barat. Legenda mengatakan bahawa bey (ketua) puak ini pada kurun ke-13, Ertuğrul, dengan beraninya mengepung para musuh beliau di teluk dan oleh itu membolehkan anak lelaki beliau, Osman, boleh menakluk mereka semasa pemerintahan beliau pada tahun 1299 sehingga 1324. Apabila anak lelaki Osman, Orhan, menaiki takhta selepas kematian bapa beliau telah menamakan semula puak ini sebagai Osmanli bagi menghargai bapa beliau. Kampung Söğüt (dahulunya dikenali sebagai Thebasion sehingga 1231) kemudian berkembang menjadi sebuah kota yang bertindak sebagai ibu negara puak Osmanli sehingga penawanan kota Byzantine di Prusa pada tahun 1325. Ibu negara Osmali kemudian dipindahkan ke istana-istana Byzantine yang lebih mewah.

Söğüt merupakan tempat lahir bagi Sultan Osman I. Ia telah ditawan oleh Ertuğrul untuk Seljuk Anatolia daripada empayar Nicaea pada tahun 1231.

Hari ini

sunting

Hari ini Söğüt merupakan sebuah kota kecil lembah sungai di wilayah Bilecik. Sejarah Turki dan patung-patung para sultan Uthmaniyah bersaiz manusia biasa dipamerkan di Muzium Ethnografikal Söğüt. Ia juga merupakan pusat daerah ketiga terbesar selepas Bozüyük dan Bilecik. Pasarnya dibuka pada setiap hari Khamis dan penduduk dari daerah İnhisar dan Yenipazar mengunjunginya untuk membeli belah.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Area of regions (including lakes), km²". Regional Statistics Database. Turkish Statistical Institute. 2002. Dicapai pada 2013-03-05.
  2. ^ "Population of province/district centers and towns/villages by districts - 2012". Address Based Population Registration System (ABPRS) Database. Turkish Statistical Institute. Dicapai pada 2013-02-27.

Pautan luar

sunting