S. Jibeng

Jaafar bin Sidiq, atau lebih dikenali sebagai S. Jibeng (1942 – 7 Februari 2006), merupakan seorang penyanyi yang mencipta namanya semenjak 1960-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.[1] Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah pop yeh-yeh telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh).

S. Jibeng
S Jibeng.jpg
Jaafar Sidiq, atau lebih dikenali sebagai S. Jibeng
Kelahiran
Jaafar bin Sidiq

1942
Meninggal dunia7 Februari 2006(2006-02-07) (umur 63–64)
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru
Nama lainS. Jibeng
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1965–2006
PasanganMaznah Sidek
Anak-anak5

Penyanyi pada zaman 1960-an, biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran dan Sri Arjuna adalah kumpulan kugiran beliau.

S. Jibeng merupakan seorang penyanyi irama 60-an yang cacat penglihatan namun memiliki bakat dalam bermain gitar dan drum. Beliau juga merupakan seorang penggubah lagu dan menghasilkan banyak lagu popular seperti Musafir Di Aidilfitri, Inai Di Jari, Selamat Tinggal Pujaan dan Gadis Pertiwi.

Beliau juga pernah berlakon dalam filem A-Go-Go '67 dan juga pernah merakamkan album berjudul Masih Ada Yang Sayang Istimewa Buat S. Jibeng pada 1995, atas dorongan M. Shariff.[2]

Beliau meninggal dunia pada 7 Februari 2006 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.[3] Ramai rakan-rakan seangkatan yang menghadiri pengebumiannya, antaranya ialah Datuk A. Rahman Hassan, A. Rahman Onn, A. Halim, J. Sham, Jeffrydin, Datin Norkiah Abdullah dan S. Mariam.

Lagu-laguSunting

  1. Asmara Dewi
  2. Selamat Tinggal Pujaan
  3. Gadis Pertiwi
  4. Inai Di Jari
  5. Mabuk Kepayang
  6. Musafir Di Aidil Fitri [4]
  7. Musafir Kelana
  8. Setahun Kataku Beri

RujukanSunting

  1. ^ Inai di jari, merah di hati - Belasungkawa S. Jibeng.
  2. ^ S. Jibeng sukar dicari ganti
  3. ^ Hamden Ramli (8 Februari 2006). "S. Jibeng meninggal dunia". Utusan Online. Dicapai pada 20 Februari 2014.
  4. ^ S.Jibeng masih mencari sinar

Pautan luarSunting